Assalamualaikum...
Kesayangan... :)
Kalau dah namanya kesayangan, jangan harap la aku nak bagi orang pinjam... Kalau boleh, sentuhpun aku tak bagi.. ehehh... Yang tak masuk kategori kesayanganpun aku berat hati nak bagi pinjam, apa lagi bila dah masuk dalam kategori kesayangan ni...
Ya, mungkin ada yang akan kata aku ni spesis kedekut, berkira sangat.. Buku je punnnn...., kannn...
Whatever la nak kata apapun haiihh... Suka hati ko la labuu...
Susah aku nak kumpul duit, nak dapatkan apa yang terbaik di antara terbaik ni... Sejak kecil aku memang suka membaca... Namun disebabkan zaman kanak-kanak aku dulu, zaman remaja aku tu bukan macam zaman budak-budak sekarang yang mewah segala-galanya, aku tak mampu.. Jangankan nak beli buku cerita, nak belanja kat sekolahpun tak cukup bajet.. Disebabkan itulah yang buat aku sayang dan hargai setiap apa yang aku ada sekarang ini... Syukur alhamdulillah kerana berpeluang memiliki.. Dan sewajarnya harus menyayangi apa yang dimiliki itu..
Mahal atau murah bukan ukuran.. Asalkan benda yang dibeli tu melibatkan duit, memang aku sayang sangat.. Kalau orang yang bagi, lagi la aku sayang.. Berganda-ganda sayang aku tu... ehehh.. Lain la kalau benda tu dibeli dengan menggunakan daun rambutan.. Takde la aku nak kisah sangat... kehkehkeh....
p/s: Mas kawen mahal.. Hantaran lagi la berganda-ganda mahalnya.. Majlis kawen lagi la mahal.. Namun di mana sayangnya jika semua itu cuma seketika saja... Sekejap je sudah berantakan.. Kesian sangat pada mereka yang punya takdir sebegini.. Bertabah la ya...