Pages

Tuesday, January 8, 2013

Tak boleh blah...

Assalamualaikum...

Tak boleh blah...

Tengah baca satu novel baru ni.. Baca punya baca, tup-tup keluar ayat yang mengatakan wajah/muka hero tu ada iras-iras seorang selebriti/pengacara yang aku tak minat walaupun hero tu digambarkan sebagai seorang yang hensem.. Tapi bila aku dah tak minat kat dia, memang tetap tak minat la jadinya.. 

Terus terbantut mood aku nak baca novel tu.. Tutup terus novel tu dan ambil novel lain sebagai ganti.. Mujurlah novel pending masih banyak lagi.. Harap-harap yang pending tu takde la terkena lagi macam ni... 

Setakat ni dah lima buah novel yang aku buka plastik dia, baca macam biasa, mood dalam keadaan baik, tapi bila sampai ke Bab 2 ataupun Bab 3, terus aku tutup balik novel tu.. Tak boleh teruskan pembacaan walaupun aku cuba jugak membaca.. Makin dibaca, makin sakit kepala jadinya.. Bukan sebab cerita tu cerita penyiasatan atau misteri yang nak kena banyak berfikir, tapi kerana jalan cerita dan susunan ayat  macam lintang-pukang je.. Macam tergesa-gesa.. 

Ada jugak novel yang mukaddimah dia je sampai habis satu bab, penuh dengan penerangan je... Adoii... Makin berdenyut-denyut kepala.. Aku ni baca buku cerita ke baca buku sejarah..? Tak boleh blah betul aku dengan novel yang banyak sangat perenggan ni... Mungkin kena tunggu mood aku betul-betul power untuk sambung balik baca novel begini... 


p/s: Beli novel ni macam beli buah durian jugak.. Tarikan untuk membeli sangat kuat tapi bila dimakan, isinya kadang-kadang hambar dan tawar.. huhuhu...