Pages

Sunday, March 24, 2013

Perihal telur...

Assalamualaikum...

Perihal telur...


Tengok aje la apa yang ada kat dalam gambar ni..




Telur kat dalam gambar tu bulat ke..? Bukan lonjong ke..? Kan jauh bezanya antara bulat dan lonjong... Macam mana pula boleh ditandakan betul...?? Esok sampai besar budak tu dok kata telur tu bulat sebab cikgu tanda betul.. Haaiisshh.... Boleh menimbulkan kecelaruan fikiran kat budak tu nanti.. hehh..


Lagi satu, sepatutnya setiap ayat atau perkataan yang ditulis selepas tanda yang ada noktah, kena la gunakan huruf besar.. Benda ni nampak macam remeh tapi sebenarnya jika tidak dibendung sedari awal, sampai ke sudah budak-budak ni akan buat kesilapan yang serupa.. Jadi, jangan anggap mudah perkara macam ni.. 


Kalau zaman aku sekolah dulu, jika buat kesilapan macam ni, dah tentu penuh kertas tu dengan pembetulan yang cikgu tulis.. 


p/s: Buat-buat tak nampak kat ayat pertama tu.. Tak nampak tapi nak gelak, boleh gitu..?? Kikikiki..., *gelak sopan ni.. :)

Aksi terlampau..

Assalamualaikum...

Aksi terlampau..


Walaupun panas, jangan la buat aksi terlampau macam ni...!!!
Tak semenggah sungguh la perangai dia...
Bajet seksi la kononnya tu...
Cehhh...!!!




Cover la sikit oiiii....!!!
Takde la segan mata nak memandang...
Hehh...




Dah la tidur tak ingat dunia...
Bukan main seronok lagi dia lelap...



Dah la warna bulu dia tu lebih kurang sama je dengan warna lantai tu.. Kalau terpijak kang, sia-sia je buat aksi seksa macam tu... Tak berbaloi langsung.. 


p/s: Walaupun panas, jangan la nak dedah-dedah segala haiihhh... :p