Pages

Thursday, May 16, 2013

Tanya sama pokok...

Assalamualaikum..

Tanya sama pokok...


Ada masanya rasa semacam je bila tiada siapa yang sudi menjawab pertanyaan tentang satu-satu benda tu.. Terfikir dalam hati, dalam ramai-ramai tu, takkan la takde seorangpun yang boleh tolong jawab.. Ataupun tak boleh ke dorang tolong tanyakan perihal perkara tersebut dengan kawan-kawan dorang.. 


Korang pernah tak rasa macam ni..? Benda macam ni pernah tak jadi kat korang..? Abaikan sahaja jika tak pernah berlaku.. Tak perlu nak pening kepala dok pikiaq..




'Kalau'lah pokok tu boleh bercakap, dah lama dah aku tanya kat pokok-pokok tu semua.. Namun apakan daya, pokok boleh bercakap bila tiba masanya nanti.. Sebab itulah tidak digalakkan menggunakan perkataan 'kalau' ni.. huhuhu..





Oh ya, mungkin aku bukannya siapa-siapa pada mereka, kan.. So, haruslah sedar diri.. Ataupun mungkin mereka tidak punya masa untuk melayan pertanyaan yang mungkin tiada kepentingan langsung.. So, haruslah muhasabah diri.. Fikir positif aje la walaupun ada sedikit rasa kecewa.. 


Cuba lagi tanya kat atok google.. Mungkin masa tanya kali pertama, kedua, ketiga dan kesepuluh tu, atok google tengah syok bermimpi.. Mungkin pertanyaan kali kesebelas tu atok google dah tersedar dan ada jawapannya, kan... ehehh.. Jangan putus asa ya.. Teruskan berusaha dan bersabar.. hehh...


p/s: Apa gunanya listing yang panjang berjela jika satupun takde respon..? Tanya saja pada pokok, pasti ada jawapannya... kehkehkeh...