Pages

Tuesday, July 16, 2013

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Roy Azman...

Assalamualaikum...

Ketuk-ketuk Ramadhan 2013 bersama Roy Azman...


Edisi Ketuk-ketuk Ramadhan Sheila Rusly bersama Roy Azman ni sangat la kelakarnya.. Suka aku tengok si Roy tu yang asyik gelak je.. Bila tengok orang gelak, secara spontan kitapun ikut gelak, ya tak..? Kalau tak gelak jugak, sila la pergi klinik.. Manatau kot ada mana-mana wayar yang short... hehehe..


Resepi kejap lagi la ya.. Kalau pihak TV1 dah tempek resepi kat page fb dorang, barulah aku tempek kat sini pulak.. 




Okay, resepi dah ada dah kat page TV1.. Resepi Roy Azman untuk hari ni ialah Mee Goreng Udang..

Bahan-bahannya:

1 paket m
ee kuning 
10 ekor u
dang bersaiz besar - dibuang kepala dan kulit
3 batang sawi
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - di
tumbuk 
2 sudu besar/makan kicap manis
2 sudu besar/makan sos tiram
2 sudu besar sos cili
Air
Garam 


Cara-caranya:

1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk tadi.
2) Masukkan kicap manis, sos cili dan sos tiram. Kacau rata.
3) Masukkan udang, mee kuning dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
4) Masukkan daun sawi. Gaul sehingga kesemua bahan sebati dan masak.

p/s: Seronok tengok orang masak-masak ni..

Cara mudah kupas bawang putih...

Assalamualaikum..

Cara mudah kupas bawang putih...


Tak payah guna pisau.. Guna je besen aluminium.. Tapi kena ada dua biji besen yang sama saiz la ya.. Sebab senang nak bergendang kat dapur nanti.. hehe..


Apa-apapun, tengok je video kat bawah ni.. Kalau rajin nak mencuba, silakan.. Kalau menjadi, boleh la kongsi cerita tu nanti.. kehkehkeh...




Jika cara ni berkesan, boleh la gunakan jika nak kupas bawang putih dengan kuantiti yang banyak.. Misalnya nak buat kenduri ke, ataupun nak buat jualan makanan.. Bawang putih ni kalau kupas banyak-banyak dengan pisau, sangat la pedih jari tu.. Aku masa kerja kat kedai makan dulu dah selalu kupas bawang putih ni.. Jari tak luka tapi dia punya bisa getah tu pedih wooo...


p/s: Bila mood malas aku datang, aku ketuk je bawang putih tu dengan anak lesung.. Habis cerita.. haha..