Pages

Thursday, July 18, 2013

Bersama Nor Albaniah dalam Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..

Assalamualaikum...

Bersama Nor Albaniah dalam Ketuk-ketuk Ramadhan 2013..


Kali ni giliran pelakon Nor Albaniah pulak yang menjadi tetamu undangan Sheila Rusly.. Baru aku teringat, Nor Albaniah ni la yang berlakon dalam drama Hujan kat TV3 yang sedang ditayangkan sekarang bermula pukul empat petang setiap hari Isnin hingga Khamis. Tapi rasanya sekarang ni watak lakonan Nor Albaniah ni dah takde dah kot sebab dah dimatikan.. huhu..




Kali ni aku kongsikan resepi yang dimasak oleh Sheila Rusly sebab itu resepi negeri aku iaitu Negeri Sembilan.. Bila lagi nak promot resepi kebanggaan negeri sendiri, kan... hehe.. Resepi yang Sheila Rusly masak kali ni ialah Sambal Tempoyak Daun Kayu.. Kalau aku, panggil Sambal Daun Kayu je.. Meh kita tengok apa bahan yang diperlukan untuk memasak Sambal Tempoyak Daun Kayu versi Sheila Rusly ni.. 


Bahan-bahannya:

500 gram t
empoyak
400 ml santan
2 ikat  pucuk ubi - dihiris halus 
6 helai daun kunyit - dihiris halus 
6 batang serai - dihiris halus
6 helai daun kaduk - dihiris halus
8 helai daun pucuk labu - dihiris halus
30 biji c
ili padi 
1 inci kunyit hidup 
1 mangkuk p
etai 
20 ekor udang
1 keping a
sam keping 
Air


*Cili padi dan kunyit hidup ditumbuk sekali.

Cara memasak:

1) Panaskan kuali dan masuk bahan yang ditumbuk sekali.
2) Masukkan serai, daun kaduk dan daun pucuk labu.
3) Masukkan tempoyak dan sedikit air. Gaul rata.
4) Masukkan petai, santan dan asam keping.
5) Garam gula secukup rasa.
6) Kacau sehingga mendidih.
7) Masukkan udang.
8) Kacau hingga kesemua bahan masak rata.




Okay, kalau nak diikutkan  resepi asli/asal Sambal Tempoyak Daun Kayu/Sambal Daun Kayu ni, takde letak udang. Mula-mula kena masakkan kuah dulu iaitu santan + cili padi + kunyit hidup + tempoyak + serai + garam dalam periuk atau kuali. Asam keping tak letak sebab tempoyak tu dah masam + manis. Airpun tak perlu sebab santan dah ada.. Tak payah nak panaskan periuk atau kuali tu dulu. Redah je masukkan semua bahan tu.


Biarkan kuah tu mendidih dulu. Masak dengan api perlahan dan kacau selalu untuk mengelakkan santan tu pecah minyak. Bila dah mendidih dan kuah sedikit pekat, barulah masukkan petai dulu. Akhir sekali barulah masukkan segala jenis sayuran yang dah dihiris tadi. Bila dah mendidih dengan jayanya, barulah boleh tutup api dapur tu.. Jangan sampai kering pulak kuah tu.. Ada kuah sikit baru sedap.. Aku tak suka jenis pekat-pekat ni.. 


p/s: Resepi tradisi ni kalau boleh janganlah ditokok-tambah hingga merosakkan keaslian masakan tu sendiri.. Itu pendapat aku la.. Macam kuih bahulu yang ada pelbagai jenis sekarang ni, dah macam makan kek je.. Dah takde rasa seperti kuih bahulu tradisional dah.. Dah la bahulu ni kegemaran aku.. huhuhu..