Assalamualaikum...
Perangkap cinta di internet...
Salah satu sebab kenapa aku susah nak approve orang yang aku tak kenal...
Salah satu sebab kenapa aku tak suka nak layan chat online atau chat sembunyi...
Dan banyak lagi sebab...
Semuanya kerana aku takut terperangkap dan jadi mangsa...
Nak jagi mangsa ni tak kira umur ya...
Ingat tu...
Salah satu sebab kenapa aku susah nak approve orang yang aku tak kenal...
Salah satu sebab kenapa aku tak suka nak layan chat online atau chat sembunyi...
Dan banyak lagi sebab...
Semuanya kerana aku takut terperangkap dan jadi mangsa...
Nak jagi mangsa ni tak kira umur ya...
Ingat tu...
Perangkap cinta di internet ni merupakan satu topik yang dibincangkan dalam rancangan Wanita Hari Ini TV3.. Mungkin ramai yang boikot TV3 ni tapi rasanya tak salah jika kita ambil mana-mana bahagian yang boleh digunapakai... Bukannya semua kat TV3 tu busuk..
Audio okay ke tak ehh...? Ke, kena kuatkan volume..?
Cuba dengar cerita dari mangsa cinta internet kat dalam video ni.. Kerana sunyi, dia mencari hiburan di luar. Bila dah terjebak, dah susah nak tarik diri.. Lepas tu terdesak pulak takde duit nak bayar sewa rumah.. Dah makin rumit jadinya.. Kesian, tak pasal-pasal dah kena rogol.. Na'uzubillah..
Banyak lagi aktiviti yang berfaedah yang boleh dilakukan.. Bila ada aktiviti tu, tak akan timbul isu sunyi dan sepi ni.. Kalau adapun cuma sedikit rasa bosan yang kadang-kala menjengah hati.. Dan ada jugak cara nak hilangkan bosan tu.. Kena la fikir baik-baik.. Jika main redah dan terjah je, akibatnya jatuh pada diri kita jugak.. Secara tak langsung, keluarga akan terbabit sama..
Salah satu aktiviti, tanam pokok bunga...
Kadang-kadang aku tak faham dengan orang sekarang ni. Ramai yang kata kurang kasih-sayang. Kasih-sayang yang macam mana agaknya yang dorang nak..? Nak kena belai selalu ke..? Nak kena menempel sepanjang masa ke..? Ataupun kena tunaikan apa saja permintaan baru dikatakan ada kasih-sayang..?
Takde tanah nak tanam pokok bunga..? Okay, boleh baca novel.. Pilih novel dari penulis yang bagus seperti novel-novel dari Sasterawan Negara Khadijah Hashim ni..
Banyak lagi cara untuk hilangkan rasa sunyi dan bosan.. Janganlah pilih jalan yang bukan-bukan.. Jangan dek kerana tengok kawan yang bercinta kat internet, kitapun teruja nak ikut sama.. Terus je layan ayat-ayat manis beracun. Tengok dulu kemampuan akal kita samada boleh melawan segala godaan ataupun sebaliknya..
p/s: Moga Allah jauhkan aku dan kita semua dari menjadi mangsa penipuan sebegini.. Amin...