Assalamualaikum...
Tak hadap...
Aku ni peminat drama Melayu kita.. Tapi bukan semua drama tu aku layan.. Hanya drama yang kena dengan selera aku je yang aku layan.. Selalu aku perhatikan, dalam drama kita ni, banyak bebenau menggunakan perkataan tak hadap ni.. Sikit-sikit tak hadap.. Sikit-sikit tak hadap..
Bila ada scene bertindas pendapat je, mula la timbul ungkit-ungkitan.. Mula la keluar perkataan tak hadap tadi.. Contohnya;
- Aku tak hadap la duit kau tu..
- Aku boleh promot diri aku sendiri la.. Tak hadap aku dengan promosi yang kau buat tu..
- Tak hadap aku nak buat baik dengan orang macam tu.. Tak hadap nak jadi kawan diapun...
- Kalau kau tak hadap dengan aku, banyak lagi orang lain yang suka nak hadap aku laa..
- Dan banyak lagi contoh yang ada...
Pada aku, macam kasar je bunyi perkataan tak hadap ni.. Ye la, tengah marah, memang la semua benda kita tak nak hadap.. Makanan yang sedap pun kena baling ke dinding.. Semua benda menyakitkan..
Cuma, pernah tak kita terfikir bahawa apa yang kita kata tak hadap tu nanti akan kita hadap hari-hari..? Malahan, mungkin benda itu akan kita hadap sepanjang hayat kita..? Masa kita sihat, punya duit, punya segala-galanya, memang kita 'terlupa' untuk menjaga ayat, menjaga bahasa..
Cuba kita fikir jika ditakdirkan kita ditimpa musibah.. Musibah yang bukan sedikit malahan merenggut keseluruhan yang ada pada diri kita.. Kita hilang apa yang menjadi aset kita.. Kita hilang apa yang menjadi kesayangan dan kebanggaan kita.. Bila dah jadi macam ni, mana kita nak hadapkan muka kita..? Ataupun, kita masih tetap nak menjaga ego kita walaupun keadaan kita sangatlah terdesak serta daif..?
p/s: Dah baca novel Suami Tak Ku Hadap..? Mula-mula memang la tak hadap.. Berbakul-bakul maki hamun.. Lama-lama, itu la yang dihadap hari-hari.. Hilang sekejap je dah gelabah.. hehehe.. Sebab tu mulut tu jangan la lancang sangat kata tak hadap itu ini...