Assalamualaikum...
Dua tahun punya bil...
Tinggal lagi dua bulan untuk melengkapkan 'koleksi' bil kat rumah ni yang merangkumi bil air, letrik, streamyx + telefon dan juga bil asterok yang baru je naikkan caj untuk bulan ni.. Hampeh je.. hoho...
Buat masa ni, aku memang simpan bil untuk dua tahun ni.. Sebab sekarang ni mesti ada bil yang tak sampai ke rumah.. Kadang-kadang ada juga bil yang lambat sampai.. Alih-alih bulan berikutnya sampai bil yang baru, siap dengan tunggakannya sekali.. Sakit hati betul.. Ingat kita ni cop duit gamaknya.. Kalau cop duit, senang cerita la, duit sentiasa ada..
Lagi satu, kalau nak bayar bil yang tertunggak tu secara ansuran, kena pergi pejabat yang berkaitan.. Pekerja kat pejabat pos tak nak terima bayaran yang tak penuh.. Lepas tu, kalau dah bayar tapi masih ada tulis tunggakan kat bil yang baru, kena sertakan sekali bil yang dah dibayar tadi.. Tu yang kena simpan bil yang lepas-lepas tu.. Kalau tak simpan, masak la nak mencari..
Mujurlah enpon aku guna kad tambah nilai.. So, takde la bil yang sampai ke rumah.. Kredit masih ada baki lagi. SMS percumapun masih banyak lagi tapi tarikh pembatalan servis adalah pada 30/12/2013.. Jangan sampai terlupa tarikh tu dah la.. Kang habis burn semua tu macam tu je... Rugi je.. hehh..
Bila dicongak-congak semua bil dalam tempoh dua tahun ni, rasa tak tertelan air liur dibuatnya.. Banyak betul 'melabur' kat bil sahaja.. Air, api, telefon dan internet, memang diperlukan.. Tapi asterok..?? Pakkal je bil tu bukan atas nama aku.. Kalau tak, dah lama dah 'selamat jalan romeo'.. hehh...
Dah cuba sebaik mungkin nak berjimat.. Makin berjimat, makin naik bil.. hmmm... Ater, kalau aku sorang je yang bertungkus-lumus nak berjimat, mana nak jalan.. Kena la aku berjimat kat benda lain pulak... huhuhu..
p/s: Pening kepala dok membajet ni.. hehh...