Pages

Tuesday, November 19, 2013

Nampak tak apa yang aku nampak...?

Assalamualaikum...

Nampak tak apa yang aku nampak...?


Cuba tengok betul-betul gambar kat bawah ni.. Korang nampak tak apa yang aku nampak..? Kalau nampak, apa dia yang korang nampak tu.. huhuhu...




Pokok tu nama dia pokok burung bertenggek..  Ada yang panggil pokok burung mesyuarat.. Pokok ni aku baru semai guna biji.. Biji tu pulak aku mintak kat akak sebelah rumah.. Entah bila la pokok aku ni nak keluar dia punya burung.. Teringin jugak nak tengok burung bermesyuarat.. hahaha...


 Ehh, aku bukan nak cerita pasal pokok ni.. Aku nak tau samada korang nampak ke tidak apa yang aku nampak..?? Nampak tak..?


p/s: Macam tak nampak je.. Ehh.., macam nampak je.. Errr...., macam nak kena check mata je... kehkehkeh...

Jahit baju kurung dari kain yang berkaki...

Assalamualaikum...

Jahit baju kurung dari kain yang berkaki...


Nak jahit baju kurung dari kain yang berkaki ni agak merumitkan sedikit.. Lebih-lebih lagi jika kain tu dari jenis kain bersulam, kain pelikat tenun, kain sari, kain songket dan sebagainya.. Nak memotong kain takde masalah sangat jika kainnya mencukupi.. Jika kain tak cukup, memang azab la nak memotong.. Termenung panjang la jawabnya...


Masalah kain berkaki ni cuma pada pesak sahaja.. Kena kira ukuran panjang pesak tu betul-betul.. Kalau ukuran tak betul, nanti kaki kain kat bahagian pesak tu tak selari dengan kaki kain kat bahagian badan baju.. Ada cara nak kira panjang pesak ni.. Ada orang dia kira tepat-tepat dan ada orang dia lebihkan sedikit ukuran pesak tadi.. Ni macam aku la sebab akupun jenis yang suka lebihkan sedikit ukuran pesak..




Cara nak ambil ukuran panjang pesak untuk kain berkaki adalah dengan mengambil ukuran panjang badan baju keseluruhan (termasuk basi jahitan) dan tolak dengan ukuran lebar lengan atas (termasuk basi jahitan) dan dapatlah ukuran panjang untuk pesak tersebut.. Contohnya:


Labuh/panjang badan baju = 40 inci (termasuk basi jahitan dan bahu tidak dipotong)
Lebar lengan atas = 8 1/2 (termasuk basi jahitan)

40 tolak 8 1/2 = 31 1/2

Ini bermakna ukuran untuk panjang pesak tadi adalah 31 1/2 inci.. 

(Boleh juga guna cara ni untuk kain biasa yang takde kaki.. Ikut keberanian dan keyakinan masing-masing la ya...)


Akan tetapi, aku akan lebihkan seinci ukuran panjang pesak tu untuk keselamatan.. Dan masa nak cantumkan kekek kepada pesak, aku terpaksalah keluarkan seinci tu macam dalam gambar kat bawah ni.. 


Nak jahit kekekpun ada jugak caranya supaya kekek tu tak besar sebelah.. Kadang-kadang ada kekek yang tak sama besar sedangkan selalunya ukuran untuk kekek adalah sama iaitu segiempat sama...


Mula-mula jahit kekek macam biasa.. Jangan jahit sampai basi jahitan dulu...



Lepas tu, patah balik jahitan tetapi jangan matikan dulu jahitan tu...



Lipat dulu kekek tu seperti dalam gambar.. Pastikan paras kekek sama rata.. Bila dah sama rata, barulah boleh teruskan jahitan dan matikan jahitan tadi.. Jika paras kekek tu tak sama rata, kenalah samada tambah atau kurangkan mata jahitan.. 


Lepas tu, untuk jahitan kekek yang sebelah lagi, letakkan bahagian pesak atas kekek tadi.. Pastikan semua garisan selaras.. Kemudian, barulah dijahit bahagian kekek yang lagi sebelah tadi..



Dah siap cantum kekek dengan pesak.. Lebihan tu jangan dipotong dulu..


Lakukan perkara yang sama masa nak sambung pesak kepada lengan..


Bila ada kain yang berkaki atau bergaris macam ni, kena penitikan pada garisan yang ada dan peniti pada garisan atas hendaklah sama dengan garisan bawah.. Ni bahagian tangan...



Bila dah siap, gosok setiap lipatan jahitan supaya kemas.. Lepas tu, barulah cuba penitikan bahagian pesak tadi kepada bahagian badan.. Jika tiada masalah lebihan atau kekurangan panjang pesak, maka boleh teruskan menjahit.. Kemudian, lebihan kain pada pesak tadi boleh la dipotong dan dijahit tepi..



Bukan senang nak dapatkan jahitan yang elok kat bahagian leher.. Kena banyak praktis dan cari sebab kenapa jahitan tak cantik atau tak kemas.. Boleh cuba tengok video kat youtube ni...





Siapa yang nak belajar buat dan jahit baju ni, sekurang-kurangnya dia kena ada asas jahitan.. Kena tau macam mana nak buat pengiraan untuk buat pola.. Bukannya setakat tau guna mesin jahit je.. Labur la sikit duit untuk masuk kelas jahitan.. Ambil yang basic je dah okay dah.. Mana boleh semua nak harapkan buku jahitan dan tutorial free je.. 


p/s: Aku yang dah ada sijil jahitan ni pun kadang-kadang pening jugak tengok buku jahitan sebab cara belajar tak sama dengan buku yang dibeli.. Walaupun aku ada sijil, tapi itu bukan bererti aku tau serba-serbi.. Banyak lagi benda yang aku tak tau.. Banyak lagi kekurangan yang perlu aku pelajari.. Kadang-kadang ada jugak benda yang aku susah nak bagi penerangan.. Harap faham la ya sebab aku bukannya guru jahitan... huhuhu..
.