Pages

Wednesday, December 4, 2013

Akhir Disember ini...

Assalamualaikum..

Akhir Disember ini...


Akan datang akhir Disember ini..
Desir angin yang memutih di padang-padang..
Sesaat kita mendengar risau..
Di sebalik rongga waktu..
 Yang berhemburan di jendela...


Akan datang akhir Disember..
Risik bulan yang mengabur..
Di hutan-hutan seakan gelisah..
Di tangan kita..


Akan datang akhir Disember ini..
Senja pulang desir bisik..
Dan angin petang berhemburan..
Bagai rindu musim hujan..
Lepas udara malam yang kelam..


Dan sesaat itu juga kita mendengar kacau..
Menyiapkan unggun mimpi dikaca peraduan..


Akan datang akhir Disember ini..
Bulan di ranting pohonan..
Dan angin yang berdesir dalam nafas malam..
Mengalir antara bayang dan sepi..
Sementara menunggu lebur jaga diri..


Disember kali ni didatangi dengan berita banjir teruk yang melanda Pahang hingga ada jambatan yang runtuh, juga banjir di beberapa negeri yang lain.. Aku turut simpati bila ada seorang rakan fb, seorang ibu pulak tu, yang terpaksa meredah air separas pinggang untuk pergi ke dewan awam mencari perlindungan kerana bantuan tidak datang.. Ya la, bila banyak kawasan yang dilanda musibah, mungkin kelewatan bantuan itu tidak dapat dielakkan.. Moga Allah terus melindungi para mangsa yang terlibat.. Bersabar la dengan dugaan hebat ini.. 


Risau jugak ni sebab Johorpun banjir.. Selalunya tempat abang long aku kat Batu Pahat dengan tempat kakak aku kat Labis tu yang kena... Mudah-mudahan banjir kali ni tak sampai kena pindah randah laa...


p/s: Tak sempat nak tunggu akhir Disember.. Masuk awal Disember je dah banjir dah.. Kun fayakun..