Pages

Sunday, December 8, 2013

Kek minyak..

Assalamualaikum...

Kek minyak..


Aku dah lama perhatikan orang share gambar dan resepi kek minyak ni kat fesbuk.. Masa tu takde la aku teruja nak buat.. Dok tengok je la..


Entah macam mana, hari tu aku dok komen-komen la dengan sorang geng kat grup masak ni.. Dia share gambar dan resepi kek minyak yang dia buat.. So, akupun tanya la dia tentang sukatan gula yang dia guna.. Dia guna gula kastor tapi kat rumah aku memang jarang ada stok gula kastor ni.. Gula kasar tu ada la..




Aku tanya geng tu, kek ni tak manis sangat ke sebab aku tengok ada sukatan susu pekat manis dan gula kastor.. Dia kata takde la manis, biasa je dan sedap sangat kek minyak ni.. So, aku tanya lagi, sukatan gula kastor tu kalau tukar kepada gula kasar, nak kena kurangkan atau tidak.. Bukan apa, ada orang bagitau aku yang gula kasar ni manis dia lebih sikit daripada manis gula kastor.. Tak tau la betul ke tak.. 




Selalunya kalau aku buat kek, mesti rasa dia terlampau manis padahal aku dah kurangkan sikit sukatan gula dalam resepi tu.. Mak aku selalu komplen kata kek aku terlampau manis dan dia dah tentu la tak nak makan.. Tak best la kalau buat kek tapi dia tak jamah, kan..




So, kek minyak ni elok je dia makan.. Aku rasapun takde la manis sangat kek ni.. Struktur kek pun elok je gebu.. Dah macam struktur kek butter cheese aku hari tu je..




Terima kasih la pada geng yang share resepi kek minyak ni kat fesbuk.. Ramai yang share dan resepinya sama je.. Kadang-kadang ada orang share masakan dia tapi resepi lain-lain.. Tapi yang ni aku tengok kebanyakannya resepi dia adalah sama sahaja.. Tu yang aku cuba buat tu dan alhamdulillah, aku puas hati dengan rasanya..


p/s: Ada masa nanti aku masukkan resepi kat blog dapo aku tu sebagai rujukan untuk aku di masa akan datang.. :)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

UPDATE..