Pages

Monday, December 16, 2013

Akhirnya, jumpa jugak.. ahahh...

Assalamualaikum..

Akhirnya, jumpa jugak.. ahahh...


Dalam dok kemas-kemas rak barang jahitan aku ni, terjumpa balik tali skipping yang dah lama missing in action ni.. Dulu pernah beli sekali tali skipping ni tapi dah jahanam dikerjakan dek anak-anak buah.. Bila tanya, semua tak mengaku.. Yang ni tuduh yang tu.. Yang tu pulak tuduh yang nun.. Sabar je laa..




Ada dua benda lagi yang aku nak cari.. Satu, ram saiz besar yang aku beli masa zaman belajar menjahit dulu.. Entah mana dia lesap.. Dan satu lagi penutup asal mulut mixer aku.. Dah lama jugak beli mixer tu.. Bila nak guna, baru perasan penutup asal tu takde.. Yang ada penutup dengan pelbagai jenis bentuk tu..Ehh, ada satu lagi iaitu gelung rotan hulahup.. hahaha...


Takpe la, cari perlahan-lahan.. Untung-untung jumpa balik.. Kalau tak jumpa jugak, redha je laa.. ehehh...


p/s: Benda nampak macam murah je.. Sentimental value tu yang tinggi sebenarnya.. huhu..