Pages

Sunday, January 5, 2014

Papan pencanai Omak...

Assalamualaikum...

Papan pencanai Omak...


Semalam aku dok google la harga papan pencanai.. Punya la mahal.. Harga lebih kurang RM60-80.. Itupun dah tiga tahun punya harga.. Dah la saiz dia kecik je macam landasan cincang nak siang ikan iaitu 12 inci X 9 inci.. Lebih kurang sama je saiz dengan laptop aku. Nak canai apa dengan papan kecik macam tu.., kan.. hehh...


Warna hitam tu sebab kayu tu belum kering.. Bukan sebab tak berus yaa.. hehh..


So, tadi aku keluarkan balik papan pencanai kepunyaan Omak aku ni. Lama dah papan ni.. Sejak aku kanak-kanak lagi papan ni dah ada dah.. Punya la tahan kayu dedulu.. Akupun basuh dan berus papan pencanai ni dengan berus dawai. Lepas tu aku ketuk-ketuk bagi rapat sebab papan ni dah jarang dah.. Lepas tu paku balik semula untuk ketatkan mana-mana yang dah longgar tu..


Paku baru dan paku lama yang tidak dicabut...


Yang ni saiz dia 20 inci X 15 1/2 inci.. Baru best nak menggelek doh roti.. ahahh..


Lepas dah siap paku, aku jemur papan pencanai ni nak bagi dia kering.. Nanti boleh guna balik semula..


Bila tengok harga mahal macam tu, fikir dua tiga kali nak beli papan pencanai baru.. huhuhu...


p/s: Bila kewangan tidak mengizinkan, kenalah ikhtiar dengan cara lain.. 

Siapa punya kerja ni..???

Assalamualaikum...

Siapa punya kerja ni..???


Masuk je ruang dapur, dah mula terbau satu bau yang kurang enak.. Lepas tu apa lagi, menjerit la.. Dah namanya terkejut, opkos la kena menjerit, kan... hahaha..




Habis pecah berderai telur ayam kampung ni.. Dah tu ada pulak dua biji telur tembelang.. Mujurlah bau dia tak kuat sangat.. Kalau tak, mau termuntah aku kat situ jugak.. Jenuh jugak la nak mencuci lantai ni.. Macam-macam hal.. Sabar je laa...




Agak-agaknya siapa punya kerja ni ya...? Tray yang berisi telur ni aku letak atas pembakar roti.. Mungkin dia terlanggar dan tray tu terus jatuh.. Tapi dia buat tak tau je.. Dia boleh pulak buat muka toya je walaupun dah buat salah..


Nak tau siapa punya kerja..? Ni haaa..., gambar kat bawah ni.. Dia ni la punya kerja...




p/s: Momok... ooo... Momok...