Pages

Thursday, April 10, 2014

IKP: Semakin dekat di hati.. teheee...

Assalamualaikum...

IKP: Semakin dekat di hati.. teheee... 


Hujung bulan ni iaitu 24 April, akan bermulalah pesta buku yang sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap peminat novel.. Masing-masing dah siap sedia menabung sedari awal.. Akupun tidak terkecuali walaupun aku sekadar beli online.. Nak pergi pesta buku tapi hajat selalu tidak kesampaian.. Takpelah, as long as masih boleh beli online, itu dah memadai.. Cumanya tak dapat la merasai kemeriahan dan keriuhan dalam PWTC tu.. 




Dan kat bawah ni aku letakkan novel-novel keluaran dari syarikat Idea Kreatif Publication (IKP). Empat buah novel yang terdiri dari penulis Hani Fazuha, Syah Shah, Farah Husain, Sarnia Yahya dan Cempaka Rembulan merupakan novel untuk kembar untuk bulan April dan Mei yang digabungkan kesemuanya sekali.. Maka jadilah dia kembar lima.. hehh.. 

















Kalau beli combo online, boleh dapat diskaun dan jimat sampai RM13... So, apa tunggu lagi... Cepat-cepat order.. hehhh.. Dan banyak lagi set combo jika pergi dan beli sendiri masa pesta buku tu berlangsung.. Boleh tengok kat page IKP ni.. 




Manakala kat bawah ni pula merupakan novel-novel lain keluaran IKP.. Boleh dikatakan kesemua novel ni aku dah ada.. Cuma satu je yang aku tak beli lagi sebab genre-nya aku masih belum boleh adapt.. Mungkin lepas ni aku akan cuba jugak baca genre sebegitu.. Kenalah bermula secara perlahan-lahan...





Buat masa ni aku masih lagi boleh hadam dengan baik novel keluaran IKP.. Setakat satu dua buah yang tak berapa nak hadam tu adat la, kan.. Mana-mana penerbitanpun ada berlaku perkara yang serupa, apatah lagi IKP yang masih lagi baru.. Moga IKP dan keseluruhannya terus maju.. Bersainglah secara sihat.. 


p/s: Sekadar memberi sokongan sebab ini je yang termampu.. Selagi karya itu tidak melampaui batas pemikiran, selagi itulah akan menyokong dari belakang.. :D

Pertama kali...

Assalamualaikum...

Pertama kali...


Pertama kali beli sampul pos laju prabayar ni.. Inipun aku mintak tolong abang aku yang belikan.. Nak harap aku yang pergi beli..? Hmmm.., memang payah la.. ahahh..




Pertama kali jugak aku nak 'belajar' jual balik atau letgo novel yang otak aku tak boleh nak cerna apatah lagi nak mencakna apa yang ada dalam novel-novel tersebut.. Juga novel-novel yang terlalu lama duduk dalam baju plastik atau yang berstatus pending.. Kiranya mana-mana novel yang masuk dalam sampul ni nanti masuk dalam kategori 'terpilih' la.. hehh... 


Untuk waktu ini, aku masih belum lagi buat pengasingan.. Kena pilih betul-betul mana yang hendak dilepaskan pergi.. Takut nanti tersalah pilih pulak, yang best aku letgo, yang so-so aku simpan.. Haru je nanti.. ahahh..


p/s: Satu langkah permulaan.. Mulakan dengan langkahan yang kecil dan rapat dahulu umpama baru belajar bertatih.. Jangan gelojoh maaa.. *Apa-apa hal nanti aku update kat fb page blog aku..