Assalamualaikum...
Masih boleh guna lagi maaaa.... hehh...
Ini bukan kedekut.. Bukan juga berkira.. Tapi memanfa'atkan akal yang ada.. Bila lagi nak gunakan daya kreativiti yang Allah beri..?
Penyapu ni dia punya lubang tempat masukkan kayu tu dah pecah.. Jadinya bila menyapu, kayu tu asyik la togoluceh yoo.. Amekawww... Kan dah keluar bahasa ibunda tercinta.. ahahh.. Sila google makna togoluceh tu ya..
Kalau orang tengok, mungkin dorang akan cakap, beli lain je la.. Baru berapa ringgit je pun.. Bagi aku, selagi boleh guna, aku akan gunakan sampai la bulu penyapu tu botak.. ahakk.. Penyapu macam ni kalau beli baru mau makan lima enam ringgit juga hoiiii... Kegunaannya cuma untuk menyapu lantai kat luar rumah je.. Bukannya nak menyapu dalam rumah yang nak kena guna penyapu berbulu halus dan lembut gitu..
Nak ikatan yang lagi kemas dan mantap, gunakan tali yang lebih panjang.. Baru la boleh belit banyak kali.. Sia-sia je masuk pengakap jika tak tau nak buat ikatan ni.. Tapi aku masuk pandu puteri je walaupun persatuan tu tak aktif.. kuikuikui...
Entah apa la nama ikatan aku ni.. Hentam saja la labuuu... hahahaha..
p/s: Pedulikan apa orang nak kata.. Yang penting aku dapat jimat lima enam ringgit.. hewhewhew...