Pages

Thursday, April 24, 2014

Kutuk-kutuk tapi follow jugak.. hikhikhik....

Assalamualaikum...

Kutuk-kutuk tapi follow jugak.. hikhikhik....


Kita ni kalau masuk bab mengutuk, memang la power.. hahaha.. Lebih power daripada super power.. Err, apa benda la yang aku meraban ni.. ahahh...


Aku bagi contoh la ya sebab bila ada contoh ni, senang nak refer dan refresh.. hehh..


1- Kita kutuk fesyen tudung orang itu tapi dalam masa yang sama, kitapun jual tudung peten macam tu.. Atau lagi teruk, kita dan kaum kerabat kitapun pakai jugak tudung yang sebegitu.. 


2- Kita mengata pakaian orang begitu begini, ketat sendat sampai nampak segala jenis bayang tapi kita tak sedar yang kita, atau ahli keluarga kita, atau kawan-kawan rapat kitapun berpakaian macam tu jugak..


3- Kita dok kutuk orang yang kita tak suka tapi kita dok jenguk jugak dia punya laman sosial.. Dah jenguk tu dah la.. Ni siap dok potpet lagi kat orang lain.. kehkehkeh.. 


4- Kita dok kutuk siaran televisyen yang kita tonton tapi siaran itu jugak la yang kita dok follow hari-hari.. Macam geng yang boikot TV3 tu laa.. ahakkk...


5- Kita kutuk orang yang kawen cerai tapi kita tak tau nasib kita macam mana di kemudian hari.. Jangan nanti kita pulak yang follow benda yang sama.. uiishhh...


6- Kita dok kutuk dan ketawakan hasil kerjatangan orang lain sedangkan kita sendiri tak tau langsung nak buat kerjatangan tersebut.. Sibuk bebeno kita dok skodeng orang tu punya kerja.. hewhewhew..


7- Dan pelbagai lagi jenis kutukan yang tidak membina langsung tapi kadang-kadang boleh menimbulkan kegelian di dalam hati sampai terkekek-kekek ketawa.. hahaha.. Bukan suka dengan kutukan tersebut tapi kadang-kadang ayat yang dicipta tu sangat la tak menahan.. hehh..


p/s: Bab pakaian, aurat atau berkaitan hukum hakam ni, aku tak berani nak cakap sebab diri sendiripun tak semenggah.. Ukur baju biarlah di badan sendiri.. Jika baju sendiri singkat dan sendat, tak perlulah nak kutuk baju orang lain.. huuuuu.... .

Buat cover untuk novel..

Assalamualaikum...

Buat cover untuk novel..


Cuaca dua tiga hari ni sangat la panas berbahang.. Jadi, kepala akupun mula la sakit.. Baju kurung yang dua pasang hari tu sepatutnya dah siap dah tapi dek kerana kepala yang berdenyut-denyut, maka ianya terbengkalai kat situ je.. Baru tadi aku usik balik.. Gosok-gosok sebelum cantum kat badan baju..




Lepas tu, aku letak semula baju tadi.. Takde mood aku nak teruskan menjahit.. Tapi baru sekejap tadi aku cuba pulak belajar buat cover untuk buku atau novel ni.. Sambil-sambil layan drama Miranda, lepas tu sambung pulak melayan drama Anugerah Terindah, aku teruskan buat cover buku ni.. Dah lama tak buat kerja memotong kain atas lantai membuatkan pinggang aku berdenyut-denyut.. Tapi tahan je dulu rasa tu.. Semangat tengah berkobar-kobar la katakan.. ahahah..




Untuk cover buku yang pertama ni, aku buat sempoi je la.. Kain lapik berbunga tu lembik tapi kain kaler oren tu jenis heavy cotton yang orang buat sarung kusyen atau beg.. Mungkin lepas ni aku cuba cari heavy cotton jenis murah sikit.. 




Dan malam ni aku dapat la siapkan sebuah cover novel dari fabrik ni.. Macam seronok la pulak jahit benda ni.. Maklum la, benda baru dapat... hahaha.. Manatau kot-kot lepas ni aku nak jual pulak cover novel yang aku jahit sendiri.. Siapa tau, kan..?




Cover ni sesuai untuk novel yang ketebalannya dalam satu setengah inci atau dalam 730 muka surat.. Novel yang aku pakaikan cover ni tak sampaipun 700 muka surat.. Jadinya cover tu longgar la sikit.. Tapi okay la sebab jika ketat sangat, nanti susah nak masukkan kulit novel tu dalam cover..


p/s: Ada dua lagi cover dari kain oren ni yang belum aku jahit.. Tengah dok fikir nak letak kain apa kat bahagian dalamnya..


-------------

Okay, dah siap dah yang lagi dua tu..