Assalamualaikum..
Panggilan percuma yang tidak digunakan..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah sebagai pembuka bicara... Terima kasih Allah..
Hari ni aku dapat hadiah dari Maxis.. Boleh buat panggilan percuma dari Maxis ke Maxis.. Tapi macam selalu, aku memang tak ambil kisah pasal ni.. Seingat aku, sepanjang gunakan Maxis ni, cuma sekali je aku gunakan hadiah ni.. Itupun aku bagi anak-anak buah aku guna.. Aku siap warning dulu, suruh dorang bagitau kawan dorang yang dorang tengah guna handphone aku.. Bukan apa, kalau ikutkan, aku memang tak suka to spread my number everywhere.. :p
Setakat nak call kawan, aku masih boleh call macam biasa.. Tak perlupun nak tunggu hari panggilan percuma.. Lagipun, bukannya semua kawan aku nak call.. Paling tidakpun, call kawan yang betul-betul kawan je.. Lagi satu, aku tak reti nak berbual lama-lama on handphone.. Tak tau nak cerita apa.. At last, 'ter'mengata itu ini bla bla bla.. Jadinya, adalah lebih baik diam sahaja.. Diam dan doa dalam diam sebab DIA tahu segalanya..
Untung Maxis dapat kastemer macam aku, kan..? Bagi free call tapi tak nak guna.. ahahh.. Kan elok jika diberi pilihan.. Mana yang tak gunakan free call tu, Maxis masukkan kredit dalam enpon pelanggan.. Boleh gitu..?? Nanti Maxis jawab; Boleh... Boleh blah... hahahaha...
p/s: Selamat Hari Belia.. *kita berkongsi tarikh yang sama.. Jadilah belia yang berilmu dan berguna pada semua.. Belia lah yang akan menjadi pemimpin dan bakal mencorak warna kehidupan di masa hadapan.. Belia adalah tonggak kesejahteraan, kejayaan, keamanan dan kemajuan negara..
`````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
Al-Fatihah untuk penyanyi dan komposer Adam Ahmad yang telah pergi meninggalkan kita.. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan menempatkan arwah di dalam golongan mereka yang beriman.. Dari DIA kita datang.. Kepada DIA kita pulang..