Assalamualaikum...
Cara ambil ukuran untuk buat pola atau dasar baju kanak-kanak perempuan berpandukan ukuran baju siap..
Perghhh...!!! Panjang betul tajuk entry aku kali ni, kan.. ahahaha... Dan gambar yang ada kat dalam entry ni jugak sangat la banyak.. Tak menahan betul.. hehh.. Bukan senang nak ajar orang hanya berpandukan sumber google ni.. Jika boleh, aku nak la orang faham apa yang aku ajar.. Takde la nanti aku ajar kosong macam tu je..
Okay la, marilah cuba memfokuskan mata dan minda ya.. Moga Allah permudahkan segala urusan pembelajaran kita.. InsyaAllah...
Ni baju anak buah aku yang berumur 5 tahun.. Ukuran untuk baju ni dalam inci adalah:
Labuh baju: 19 1/2
Bahu: 9 dibahagi 4 = 2 1/4
Dada: 11 dibahagi 2 = 5 1/2
Panjang tangan: 4 1/2 (tiada dalam gambar)
Keliling tangan/ketiak: 11 dibahagi 2 = 5 1/2
Cuff: 7 dibahagi 2 = 3 1/2
Pinggang: 10 1/2 dibahagi 2 = 5 1/4 (tiada dalam gambar)
Ponggong: 24 dibahagi 2 = 12 (ukuran termasuk untuk kedutan)
Leher hadapan: 10 1/2 dibahagi 2 = 5 1/4
Leher belakang: 8 dibahagi 2 = 4
Bahu ke pinggang: 7
Nota: Ukuran untuk bahagian dada, pinggang, ponggong adalah 1/2 daripada ukuran asal.. Sebab tu dibahagikan dengan 2 sahaja sebab ikut ukuran siap..
Sila klik pada gambar untuk lebih jelas..
Cuff..
Ketiak atau keliling lengan. Tegakkan tali tape masa mengukur..
Keliling leher hadapan. Juga tegakkan tali tape masa ambil ukuran..
Keliling leher belakang. Tegakkan juga tali tape masa mengukur..
Keliling dada (ukuran bermula dari pangkal lengan/ketiak..)
Ukuran keliling pinggang kat bahagian yang ada riben tu..
Paras pinggang..
Keliling ponggong..
Ini adalah ukuran yang sepatutnya dibuat atas pola.. Sila klik gambar untuk lebih jelas..
Jika nak buat kedutan di pinggang, turunkan 1/2 inci pada bahagian pinggang atas pola baju dan buat garisan dengan menggunakan pembaris melengkung. Lepas tu potong bahagian tersebut.. Dah jadi satu pola untuk bahagian baju..
Lepas tu untuk bahagian skirt yang kembang dan berkedut tu, potong kain sama lebar dari bahagian pinggang dan bawah kain.. Contohnya jika bahagian bawah kain tu ukuran dia adalah 24 inci, maka bahagian atas kat pinggang tu pun ukuran dia 24 inci jugak.. Ataupun boleh jugak kurangkan ukuran inci untuk kedutan tu jika tak nak kedut yang banyak.. Terpulang pada kehendak masing-masing la ya..
Perlu ingat, setiap basi jahitan adalah antara 1/2 inci hingga 3/4 inci..
Cara nak buat pola atau dasar baju adalah lebih kurang sama macam cara nak buat pola atau dasar blouse atau baju kurung moden.. Boleh cuba rujuk kat entry yang ini.. Aku dah tak larat nak buat lukisan lagi.. huhu.. Bezanya yang ini dah ada ukuran siap.. Jadi tak perlu nak kena tambah ukuran lagi.. Lagi mudah nak buat pola..
p/s: Moga faham la ya.. Pelan-pelan kayuh.. Laju-laju nanti takut terbabas pulak.. Maksudnya takut tak faham pulak.. hehh..
p/s: Moga faham la ya.. Pelan-pelan kayuh.. Laju-laju nanti takut terbabas pulak.. Maksudnya takut tak faham pulak.. hehh..