Assalamu'alaikum...
Motivasi...
Berikut adalah antara kata-kata motivasi yang terdapat di dalam buku Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary ini.. Kita mungkin tak boleh jadi seperti beliau namun kita boleh renung dan fikir apa yang beliau perkatakan..
"Pendekatan saya mudah.. Jika saya hendak buat sesuatu, saya buat dulu dan bercakap kemudian.." - Syed Mokhtar Al-Bukhary
Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhary..
"Kemelesetan ekonomi 1985 memberikan saya satu pengajaran penting; jangan sekali-kali melakukan sesuatu di luar kemampuan kewangan anda.."
"Setiap kali saya melakukan kebajikan, hati saya tersentuh. Ia tiada kena-mengena dengan tanggungjawab sosial korporat. Ia adalah perasaan ambil berat, sesuatu yang datang dari hati. Harapan saya adalah supaya mereka yang mempunyai wang akan membantu mereka yang kurang bernasib baik supaya dunia ini menjadi lebih adil dan saksama kepada semua.."
"Saya pernah mendengar satu pepatah yang banyak mempengaruhi saya. Ia berkenaan benih yang tumbuh menjadi pokok yang dipenuhi ranting-rantingnya. Bunga dan buah-buahnya terbentuk, dan apabila buah-buah itu masak, ia menjadi berat, menyebabkan ranting patah dan jatuh. Pengajaran bagi saya adalah bahawa kita mesti sentiasa ingat akan asal usul kita, dari mana kita datang, dan merendah diri apabila dikurniakan nasib yang baik. Jika tidak, kita mungkin jatuh.."
Dan banyak lagi cerita yang dikongsikan dalam buku biografi ini..
p/s: Buku Biografi Syed Mokhtar Al Bukhary ni dahulunya aku beli dari MPH Online.. Murah je harga buku ni tapi isi yang ada di dalamnya tu yang mahal..