Pages

Friday, June 20, 2014

Cara nak samakan kiri dan kanan kain susun baju kurung..

Assalamu'alaikum...

Cara nak samakan kiri dan kanan kain susun baju kurung..


Pernah tak bila kita pakai kain baju kurung iaitu kain susun tu, dan kita dapati bahagian sebelah kiri dan sebelah kanan kain tak sama panjang..? Atau dalam bahasa mudahnya, sebelah kain tu macam senteng ataupun terjongket sedikit dari yang lagi sebelah..


Jika si pemakai kain tu orangnya berbadan gempal, berkemungkinan kain tu tersangkut kat bahagian lipatan perut.. Tapi jika si pemakai tu kurus lampai orangnya, agak mustahil la nak kata yang kain tu tersangkut, kan.. 


Okay, kat sini aku nak tunjukkan sikit cara untuk menjadikan labuh kain tu sama rata pada bahagian kiri dan kanan kain tersebut. Kadang-kadang masa menjahit tu, kita main jahit je, takde dah nak periksa atau ukur dulu kat kedua-dua belah kain tu samada sama panjang ataupun tidak, terus je kita jahit pada bahagian kain penyambung pinggang..


Rujuk pada setiap gambar ya.. Boleh klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar.. 


Mula-mula kenalah buat susun kain tu dulu, kemudian dijahitkan zip..


Lepas tu, lipat dua kain tadi dan samakan bahagian bawah dan atas kain..


Kemudian, tandakan pada paras yang sama macam yang bertanda biru tu.. Jika diperhatikan betul-betul, bahagian kain yang dilipat tadi panjangnya lebih sedikit daripada bahagian kain yang berzip tu..


Lepas tu, tandakan semula di bahagian dalam kain sebab kita akan jahit kain penyambung pinggang ikut belah dalam.. Ni bahagian kain yang dilipat tadi ya..


Jahit kain penyambung pinggang macam biasa tapi bila hampir tiba pada bahagian bertanda tadi, kena naikkan sedikit kain tu.. *Kain penyambung pinggang tu kat bahagian bawah..


Nanti bahagian tadi akan jadi seperti ini iaitu dia kelihatan melengkung sedikit..


Ni dari sebelah lagi satu..


Akhir sekali, snip atau belah sedikit pada bahagian yang melengkung tadi sebelum kemaskan jahitan pada bahagian pinggang.. Yang kita snip ni adalah bahagian badan kain tau, bukannya bahagian kain penyambung pinggang tu..Tujuan dibelah atau snip adalah untuk mengelakkan bahagian kain penyambung pinggang tu menjadi tegang dan susah masa nak kemaskan jahitan..



Agak-agaknya boleh faham tak dengan apa yang cuba aku terangkan..? Mudah-mudahan faham la ya.. InsyaAllah.. Nak tengok cara buat susun kain tu, boleh rujuk kat entry ini.. Terima kasih..


p/s: Benda ni takde diajar masa dalam kelas.. Ini semua adalah daripada pengalaman sendiri.. Ye la, pelik jugak kenapa kain yang dipakai senget sebelah.. hehe...