Assalamu'alaikum...
Anak apa ni..?
Semalam dok kemas laman.. Dok ubah meja simen yang bulat yang kat bawah pokok mangga telur tu.. Buat kerja sorang-sorang.. Memang tabiat aku suka buat kerja sorang-sorang macam ni.. Selagi aku rasa aku mampu buat, aku buat.. Tak nak menyusahkan orang.. Jika dah tak mampu nak angkat, barulah mintak tolong orang lain..
Mula-mula kena angkat dulu bahagian meja yang atas tu.. Angkat sekejap untuk letak kat sebelah.. Macam nak putus urat kentut.. Namun tawakal je la.. Niat baik nak kemaskan laman, insyaAllah, Allah tolong.. Lepas tu baru golekkan untuk letak kat tempat baru..
Lepas dah angkat bahagian atas meja tu, barulah boleh angkat bahagian kaki dia pulak.. Yang ni kena main seret-seret dan tarik-tarik la.. Mana larat nak angkat dan peluk.. ahah...
Combipun pakat tengok je..
Masa dok seret kaki meja tu la keluar segala macam benda yang ada kat dalam lubang kaki meja tu.. Penuh dengan daun kering.. Yang terkejutnya, ada dua ekor anak apa entah.. Tak tau samada anak tupai atau anak tikus.. Tengok muncung panjang dan tajam je.. Yang pasti, tekak aku dah mula kembang macam nak muntah..
Aku anggarkan ianya adalah anak tikus. Maka akupun pergi panggil dua tiga ekor kucing kat rumah ni dengan niat nak suruh dorang halau termasuklah Momok sekali.. Tapi yang sadisnya, si Momok yang besar gedabak tu yang pecut lari dulu.. Terlompat-lompat dia melarikan diri.. Gelak pulak aku tengok pe'el dia.. Sabar je laa..
Olenpun tengok je.. Pelik agaknya..
Aku biarkan dulu anak-anak tupai/tikus tu kat situ.. Aku teruskan buat kerja aku.. Lepas siap, tengok dah takde dah anak-anak tupai/tikus tadi.. Tak tau la samada kena ngap ataupun kena lambung sampai lembik..
p/s: Disebabkan tak tau anak apa, maka aku buat tak endah sahaja.. Jika aku yakin itu adalah anak tupai, mungkin aku akan selamatkan tapi hati aku kuat mengatakan yang itu adalah anak tikus.. Idok la weiii teman nak pegang...!