Pages

Wednesday, September 10, 2014

Fanatic...

Assalamu'alaikum...

Fanatic...


A fanatic is one who can't change his mind and won't change the subject - Winston Churchill...





Salah satu sebab kenapa aku tidak suka jadi FANATIK.. Cukuplah sekadar SUKA sahaja.. Tak perlu nak berlebih-lebihan baik dari segi memuji, menyokong atau membangkang...


p/s: Bersederhana itu ada baiknya... Terpulang pada diri masing-masing..

Buat coklat untuk makan sendiri..

Assalamu'alaikum...

Buat coklat untuk makan sendiri..

Dah lama jugak rasanya aku tak buat coklat ni.. Jadinya, malam tadi akupun buat la.. Lagipun dalam seminggu dua ni asyik la teringat-ingat kat bar coklat yang ada dalam freezer tu.. Dalam hati dok kata nak buat, nak buat tapi tak buat-buat jugak.. Tu yang malam tadi terus je buat.. Kang asyik bertangguh, sampai sudah tak buat-buat jugak..


Bar coklat yang digunakan.. Kalau nak cepat mencair, potong kecil-kecil..


Peralatan yang digunakan..


Nak cuba letak kismis pulak...


Mula-mula tu aku letak periuk yang berisi coklat putih ni kat dalam periuk berisi air yang muat-muat je bontot dia.. Entah macam mana, tiba-tiba air dalam periuk tu membuak dan keluar meleleh dari periuk sebab dah mendidih kuat.. Kelam kelibut la sekejap.. Mujur air tu tak masuk dalam periuk yang ada coklat tu.. Lepas tu, terus je tukar periuk isi air tu dengan kuali besar ni.. 





Mula-mula tu just letak periuk coklat tu je.. Tapi periuk tu bergerak-gerak ikut didihan air tu.. Sudahnya, aku ambil tungku dan masukkan tungku dalam kuali tu.. Duduk la kau ontok-ontok kek situ.. ahahh...






Coklat yang putih tu aku letak perisa strawberry.. Yang lecehnya, coklat putih ni cepat mengeras walaupun masih di dalam periuk atas air tu.. Mungkin sebab banyak sangat gula, tu yang mudah mengeras tu.. Kelam kabut jugak la aku nak masukkan dalam acuan.. Mujur la buat sikit je yang putih tu..







Aku takde letak apa-apa selain daripada kismis dan perisa strawberry dalam coklat putih tu.. Tak tau la pulak dengan cara yang orang lain gunakan.. Lagipun aku buat coklat ni untuk makan sendiri je.. Tu yang habis bersememeh tu.. haha.. Maklum la, aku bukan ada ilmu dalam pembuatan coklat ni.. 


p/s: Buat perisa strawberry tu sebab teringat kat anak buah.. Dorang suka strawberry.. Aku pulak kurang suka dengan strawberry ni.. Bila ada yang bawak strawberry balik ke rumah, aku tak hairanpun.. Kadang-kadang sampai kecut strawberry tu duduk dalam peti sejuk.. hehh..