Pages

Friday, September 19, 2014

Missing pages... What a...??

Assalamu'alaikum...

Missing pages... What a...??

Tengah dok syok membaca, tiba-tiba..., alamak...., mana pergi muka surat seterusnya ni..? Dari muka surat 188 terus melompat ke muka surat 221..!!! Punya la jauh dia melompat.. Nampak gayanya terpaksalah berhenti dulu.. Tak best la nak sambung baca.. Adoiii... Spoiler sungguh laaa....!! Merosakkan mood membaca aku je.. 





Ni macam mana pulak aku nak pergi tukar buku ni...? Eeiiii...!!! Cakap senang la.. Pergi tukar kat kedai yang beli tu.. Tak pun poskan kat syarikat penerbitan.. Ingat aku ni rajin sangat ke nak buat kerja dua kali..? Novel yang aku beli kat MPH JJS2 dulu pun sampai sekarang masih tak bertukar.. 


Biar Jarimu Kugenggam karya Norhayati Berahim


p/s: Syarikat penerbitan memang takde QC ehh..? Sakit hati sungguh la 'terkena' macam ni..