Pages

Monday, September 22, 2014

Dapat tukar tapi tukar yang lain.. :)

Assalamualaikum...

Dapat tukar tapi tukar yang lain.. :)


Dulu, lama dulu, aku pernah buat satu entry pasal benda ni.. Sila klik jika nak tau entry tu pasal apa.. hehh... 


MPH ni agak lengang jika nak dibandingkan dengan Popular..


Rupanya aku beli novel tu kat MPH JJS2 dan bukannya beli kat kedai biasa..



Lepas tu, staff tu cakap lagi.. Kalau nak novel yang sama, kena tunggu stok yang baru tu sampai.. Ataupun nanti novel tu akan dihantar kat outlet kat tempat aku tinggal.. Akupun cakap la, kat tempat akak takde outlet MPH sebab akak duduk dalam Felda.. Akupun cakap lagi, takpe la, akak ambil novel lain je.. Lagipun akak ni bukan tinggal kat sini.. Dah dua tahun dok simpan novel ni tapi asyik takde masa je nak datang pulangkan..


Akhirnya, aku pilih novel dari Rehan Makhtar iaitu Dia, Cinta Yang Kucari sebagai ganti.. Aku just bayar RM3.30 sahaja selepas tolak harga novel yang rosak tadi.. hehh.. hehh.. hehh.. Tapi kena isi satu borang pengesahan dulu laa ya.. Bukannya boleh main ambil dan bayar je.. 


Lepas tu masuk Popular jap.. Masuk ambil bau je.. Jadi laa.. hehh.. *boleh percaya ke ambil bau je.. ahaaaa..


p/s: Misi seterusnya, nak pergi kedai untuk tukar novel yang ini pulak.. Malas aku nak pos balik atau emel kat NB Kara tu... Kalau tak dapat tukar, mungkin aku terpaksa jugak berurusan dengan pihak penerbitan tersebut.. Harap sangat dapat tukar kat kedai tu..