Pages

Saturday, September 27, 2014

Sambungan...

Assalamu'alaikum...

Sambungan...



Jumpa kakak dan family dia kat kedai makan ni.. Pertama kali aku makan kat sini.. Sedap makanan dia.. Tomyam dia sedap.. Mee kung dia sedap.. Mee goreng mamak dia sedap.. Semuanya sedap la.. hehe..


Fauzi Tom Yam - Chengkau


Aku pilih tomyam campur.. Satu set kongsi dengan mak.. Takut tak habis.. Kang membazir pulak.. Alih-alih tak cukup.. hahaha.. Malas nak order lagi.. Aku mintak sikit mee kung yang abang aku punya.. Alah, satu sudu je pun.. Nak rasa je sebab tak pernah makan mee kung ni.. Lepas tu, mintak sikit mee goreng mamak kakak aku.. Nak rasa juga... hahaha.. Sabar je la.. Bukan apa, mana la tau lain kali kalau aku balik ke kampung, boleh la singgah makan kat sini lagi sebab dah tau macam mana rasa makanan dia.., kan...


Dan 'suspek' kat bawah ni la penyebabnya yang aku pergi jumpa kakak kat kedai makan tu.. Buah duku dengan langsat ni abang ipar aku ambil kat kebun kakak yang kat Nilai tu.. Kebun tu kat Segamat.. Jadinya, kakak yang kat Labis tu la yang tolong bawak.. 




Gara-gara takut buah ni lebam, kitorang balik sini hari Isnin lepas abang aku servis kereta kat Nilai tu.. Mak aku nak balik hari Selasa tapi aku berkeras nak balik hari Isnin tu jugak.. Buah duku ni bukannya boleh simpan lama.. Dia cepat lebam.. Kang kalau lambat balik sini, tak dapat la nak sedekah sikit kat jiran-jiran..


p/s: Kedai makan tu letaknya kat pekan Chengkau.. Kalau dari arah Rembau, kedudukannya di sebelah kiri, betul-betul tepi jalan.. Senang je nak cari.. Alah, pekan Chengkau tu besar mana je pun.. 

Lily: Rain-Peace-Fireball

Assalamu'alaikum...

Lily: Rain-Peace-Fireball


Antara spesis Lily yang ada kat rumah.. Jika nak tengok rupa lily ni, boleh klik pada link yang ada kat bawah setiap gambar.. 










p/s: Jenuh dok angkat tiga buah pasu peace lily tu.. Pasu dah la besar gedabak.. Berat pulak tu.. adehh.. Letak kat tempat  redup sikit.. Sian tengok daun dia dah sedikit lecur kena panas..