Pages

Wednesday, October 8, 2014

Oh bulan, di mana dikau..?

Assalamu'alaikum...

Oh bulan, di mana dikau..?


Orang lain sibuk ambil gambar bulan berdarah atau blood moon, akupun nak ambil jugak.. Orang lain ambil gambar guna kamera canggih tapi aku ambil gambar guna kamera enpon cap ayam aku tu.. Ater, dah itu je yang ada.. Syukurlah sebab dapat jugak ambil gambar bulan ni.. heee...


 Walaupun samar-samar tapi masih nampak bayangan awan di sekeliling bulan..



Bulan yang kat atas tu tau.. Bukan yang kat bawah tu.. Kang ada pulak yang tersilap pandang.. hehehe...





Biarpun gambarnya tidak secantik mana tapi bila ia dirakam sendiri, itu dah lebih memberi seribu satu makna.. Lagi penting, aku dapat tengok secara live biarpun bulan tu jauh sangatttt... Nampak la awan yang menutupi bulan tu bergerak-gerak.. Nampak jugak cahaya yang kemerahan di sekeliling bulan.. 


p/s: Syukur kerana mata masih boleh melihat dengan baik tanpa perlu memakai cermin mata.. Alhamdulillah..

Tapai pulut berdaun pisang. Pastinya ORI..!!

Assalamu'alaikum...

Tapai pulut berdaun pisang. Pastinya ORI..!!


Tapai pulut berdaun pisang ni kakak ipar aku yang buat.. Dia memang dari dulu ambil upah buat tapai pulut selain daripada buat biskut raya.. Tapai ubi dia tak buat.. Kalau buatpun sikit je untuk makan sendiri..




Selain daripada letak tapai dalam daun pisang, ada jugak tapai yang diletak dalam bekas plastik dan ada jugak yang main lambak dalam tupperware je mengikut permintaan.. Selalunya yang main lambak ni biasanya untuk kitorang la sebab kesian dia nak bungkus tapai tu.. Dah la dia buat kerja ni sorang-sorang dari awal hingga selesai..




Ada jugak yang upah buat tapai ni untuk kenduri kendara.. Tapi nak kena bagitau awal la sebab kakak ipar kena beli pulut dan ragi.. Dia memang tak simpan dua benda ni buat stok.. Bila ada tempahan, baru dia beli.. Yang ini dia buat untuk raya haji baru ni.. Pulut memang mak aku dah siap beli dah.. Tak jadi buat lemang, mak aku suruh kakak ipar buat tapai.. 


p/s: Tempahan tu untuk sekitar sini je.. Nanti bila dia dah pindah Senawang, siapa yang tinggal dekat area situ boleh la cuba menempah.. Mudah-mudahan dia terus sihat.. Amiinn...