Assalamu'alaikum...
Asam pedas untuk dia..
Ini bukan asam pedas untuk golongan berada.. Asam pedas ini untuk golongan sederhana macam aku ni.. Asam pedas golongan berada ikannya pasti mahal sedangkan asam pedas aku ni cuma guna ikan selayang sahaja..
Nak beli ikan kembung harga dia mahal, RM16 sekilo.. Ikan selayang ni sekilo RM10.. Ikan parang aku kurang suka sebab banyak tulang.. Bukan jenis tak sabar tapi buang masa nak kena pilih dan asingkan tulang temulang tu dulu.. Asyik pilih tulang je sampai terbantut nak makan.. Hilang fokus untuk menikmati aroma masakan tu.. haha..
p/s: Asam pedas untuk dia tu maksudnya untuk orang yang ada kat rumah ni la.. Kalau tak berkenan dengan asam pedas ni, silalah goreng telur sendiri.. hehh..