Pages

Monday, December 8, 2014

Budaya F yang sangatlah.... hmmmmm...

Assalamu'alaikum....

Budaya F yang sangatlah.... hmmmmm...


Sejak kebelakangan ini, budaya F semakin menjadi-jadi.. Ianya dah menjadi seperti satu penyakit kronik yang tiada ubatnya.. 




Apabila dah terlampau banyak komen F tu, kita yang nak mencari info atau maklumat pada ruang komen tu pun dah jadi susah.. Kena scroll semua komen yang ada.. Tak ke haru namanya tu.. huhuhu..


F tu stand for follow iaitu follow sesuatu status atau post.. Bila letak F tu, secara tak langsung akan dapat notification.. Sebenarnya kalau tak komen F tu pun dah boleh dapat notification.. Just klik je tanda v macam kat gambar bawah ni.. Tanda ni ada kat sebelah kanan nama si tukang post status...





Lepas tu nanti dia keluar la macam kat bawah ni... Klik la Turn on notifications tu.. Nanti dapat la berderet-deret notifcation yang masuk..




Aku rasa yang dok komen F ni orang yang browse guna enpon... Tak tau la betul ke tidak.. Yang guna kamputer kalau boleh jangan la dok main-main dengan F ni.. Kasihanilah orang yang betul-betul nak bersoal jawab kat ruangan komen tersebut tanpa gangguan dari si F..


p/s: Jangan sampai F tu jadi Fedap dah la... huhuhu...