Pages

Saturday, February 7, 2015

Punyalah menderam bunyi dia...

Assalamu'alaikum...

Punyalah menderam bunyi dia...

Sekali lagi, ini adalah gambar masa aku dalam perjalanan balik dari Nilai.. Masa ni aku berhenti kat stesen Petronas yang besar kat tepi highway Bentong tu..


 Sebenarnya aku lagi suka tengok langit dengan awan yang cantik tu.. Sepanjang jalan aku dok langut tengok langit je.. Subhanallah.. Cantik sungguh..!


Sementara menunggu abang aku beli KFC, aku curi-curi la snap gambar geng motor besar ni.. Sebiji motor tu bunyi diapun dah macam bunyi apa dah.. Menderam-deram..




Tak tau mana geng motor ni nak pergi.. Masa lalu kat depan kedai lemang To'Ki, ada satu lagi kumpulan geng motor besar.. Tapi yang ini motor macam motor yang masuk litar grand prix tu.. Sebelum tu dah terserempak dengan geng motor scrambler.. 




Mujurlah dorang berhenti lama kat sini.. Jika tidak, lagi la kuat bunyi motor dorang tu..




Masa duduk Johor Bahru dulu, aku dah biasa dah tengok geng motor besar ni.. Pernah ikut kawan pergi tengok pameran motor grand prix kat Pasir Gudang..Tambahan pulak ada roomate aku yang kawen dengan geng motor macam ni..


p/s: Kalau boleh, tak nak la terserempak dengan geng motor besar ni kat atas jalan raya.. Terserempak masa dorang berhenti takpe.. hehh..

Langkah keselamatan...

Assalamu'alaikum...

Langkah keselamatan...


Ini tandas kat RnR tol Bentong tu.. Dulu takde rasanya jaring kat atas tu.. Ni masa nak ke Nilai hari tu, singgah la sekejap.. Alih-alih tengok dah berjaring dah.. Siap ada nombor lagi tu.. Mungkin dah ada kes orang memanjat dan mengintai kot.. 


Aku bayangkan orang yang mengintai ni mesti merangkak macam Spiderman.. hehe..


Ye la kan.. Selalunya bila dah ada kes, baru ada pembaikan dan langkah pencegahan.. Macam kes jurutol kena tembak kat tol Seremban dulu.. Sekarang ni laluan pejalan kaki untuk ke kaunter tol tu dah berpagar dah.. 


p/s: Malang memang tak berbau.. Walaupun kita dah berjaga-jaga macam mana sekalipun, jika dah ditakdirkan bertemu dengan malang tu, maka tak boleh tidak, kena hadap jugak la.. Walau apapun, kena teruskan jugak berjaga-jaga.. Selebihnya, tawakkal pada DIA...

Apa itu TBC..

Assalamu'alaikum...

Apa itu TBC..


Selalu sangat kita nampak perkataan TBC ini digunakan.. Mula-mula dulu terpinga-pinga la jugak sebab mungkin benda ni masih baru lagi dan bila sesekali ternampak; ehh, apa benda la TBC ni..


Dulu-dulu TBC digunakan untuk memendekkan ayat To Be Continued.. Lepas tu TBC digunakan untuk orang perempuan yang datang bulan.. Samada ABC atau TBC, maksudnya sama je iaitu Allah Bagi Cuti atau Tuhan Bagi Cuti.. Kepandaian siapalah agaknya yang buat pendekatan sebegini..


Ali: "Boss, esok saya nak cuti, boleh tak..?"
Boss: "TBC...!"
Ali: "TBC..? Boss, saya ni lelaki.. Sejak bila pulak saya datang bulan.."
Boss: "TAK BOLEH CUTI...!"
Ali: "errrrr.... Alamak...!"


p/s: Sekarang ni ramai yang sibuk dengan satu TBC ini iaitu Tahun Baru Cina... Akupun sibuk jugak.. Sibuk nak beli limau je.. Stok limau dah habis maaaa... hehh..