Pages

Saturday, April 4, 2015

Pokok kari vs burung cwitt...

Assalamu'alaikum...

Pokok kari vs burung cwitt...


Ini pokok kari yang aku tanam.. Dah mula nak besar sikit dah.. Alhamdulillah.. Pokok kari orang lain dah tinggi melampai tapi pokok kari aku baru sekaki dia punya ketinggian.. hehh... 




Ini pula burung yang riuh bergosip atas kabel letrik dan kabel telefon.. Entah apa yang diriuhkan tu akupun tak tau.. Yang aku tau, aku suka dengar bunyi siulan dorang tu.. Cwitt.. Cwitt.. Cwittt... Tenang je dengar.. Tapi bunyi wasap aku menyampah nak dengar.. Memekak je.. Jadinya, jangan dok berwasap berdekatan dengan aku.. ahahah...




p/s: Suara burung, sedap.. Suara membebel, sentap.. hehh.. hehh.. hehh....

Ada otak tapi takde akal...!

Assalamu'alaikum...

Ada otak tapi takde akal...!


Inilah sikap orang kita, seperti tiada kesedaran sivik.  Macam mana sungai-sungai tidak kotor dan berbau busuk. Lokasi: Sungai di sebelah KTM Segambut
Posted by Friends of BN - Barisan Nasional on Saturday, April 4, 2015 - Klik sini..


Sampai bila kita nak salahkan pihak atau sistem penguatkuasaan..? Sampai bila mereka harus sentiasa memantau sikap manusia tak berakal seperti ni..? Sampai bila kerajaan nak berhabis jutaan ringgit untuk membersihkan sisa pepejal dalam sungai dan longkang..? 


Apa yang kita tau, bila berlaku musibah, pihak kerajaan yang kita serang dulu.. Punca dari musibah itu kita tak pernah nak ambil tahu.. Mungkin puncanya bermula dari diri kita sendiri.. Siapa tahu, kan..? 


p/s: Aku memang pantang bila tengok orang yang sesuka hati membuang sampah merata-rata ni.. Kang bila kata lebih bodoh dari lembu, tau pulak marah.. 
.

Nak letgo ke tak...?

Assalamu'alaikum...

Nak letgo ke tak...?



Nak letgo ke tak...?
Nak letgo ke tak...?
Nak letgo ke tak...?
Kalau tak letgo, takde bajet untuk beli novel baru..
Harga novel sekarang bukan macam dulu.. 
Harga novel sekarang ni dah la mahal tapi kualiti belum tentu menepati piawaian selera..


Aku bukannya suka-suka nak letgo tapi terpaksa.. Jika nak ikutkan, semua yang sudah dibeli nak je aku simpan dalam almari dan jadikan koleksi sepanjang hayat.. Tapi nak buat macam mana.. Dah namanya terpaksa, maka kena la lepaskan dengan redha.. 









Gambar semua ni antara koleksi novel aku yang telah aku jual balik..  Harga dah tentu kena murah dari harga asal... Tapi nak bagi harga kasih sayang botingkek-tingkek tu tak dapat la.. Aku beli novel ni takde pun dapat harga kasih sayang berganda-ganda tu sebab boleh dikatakan semuanya aku beli novel baru dan bukannya novel preloved atau second hand...








Berminat nak beli novel preloved dari aku..? Boleh jenguk kat album berkaitan kat page fb aku ni.. Jika serius dan berkenan, barulah inbox atau PM aku kat page tu.. Terima kasih.. 


p/s: Untunglah orang yang banyak duit. Boleh membeli dan menyimpan tanpa letgo.. Orang yang macam aku ni terpaksa berdikit-dikit menabung dan lepaskan mana yang ada demi kelangsungan hidup.. Orang tak akan faham kenapa kita buat macam ni..