Pages

Thursday, April 9, 2015

Masak Lemak Cili Api vs Gulai Kari...

Assalamu'alaikum...

Masak Lemak Cili Api vs Gulai Kari...


Masak Lemak Cili Api vs Gulai Kari ni bukan pasal pertandingan masakan walaupun tajuknya adalah dua jenis masakan.. Ni adalah tajuk sebuah novel yang dihasilkan oleh seorang penulis lelaki (dia dah kawen ya...) yang berbakat dan sangat berpotensi untuk melangkah lebih jauh ke depan.. Nak tau apa-apa pasal novel ni atau novel lain karya beliau, boleh la inbox atau PM beliau iaitu Syah Shah kat fesbuk beliau sendiri.. Berapa banyak beliau daaaa... ahaha...


Aku nak buat sikit review pasal novel Masak Lemak Cili Api vs Gulai Kari (MLCA) ni.. Hajat hati memang nak hentam habis-habisan tapi disebabkan tak sampai hati, maka tak jadi la nak hentam beria.. Cukuplah kasi hentam sikit-sikit je... Jadi la.. hehe..


Yang aku suka dengan MLCA ni...

Sebuah kisah yang boleh dikatakan kejadian sebenar dalam kehidupan kita seharian.. Mungkin boleh jadi pada sesiapa sahaja.. Tak jadi kat aku, mungkin jadi kat engkau.. Atau, mungkin juga jadi pada penulis itu sendiri.. ahahaha.. 


MLCA ini bukannya sekadar kisah fantasi semata-mata yang buatkan kita berkhayal.. Ia adalah sebuah kisah kesungguhan si jejaka yang jatuh cinta pandang pertama pada si gadis garang yang tak berapa nak garang.. hehh.. Si jejaka yang sanggup menanti dan buat pakatan sulit dengan keluarga si gadis demi mencapai misi untuk memiliki.. ahaha.. Dan kisah si gadis yang kena culik yang membuatkan si gadis trauma untuk meneruskan perhubungan dengan si jejaka..


Apakah pakatan sulit si jejaka dan keluarga si gadis itu..? Dapatkah si jejaka memiliki si gadis setelah apa yang terjadi pada si gadis..? Mampukan si gadis menerima si jejaka setelah apa yang terjadi ke atas dirinya..? 





Yang aku geram sangat dengan MLCA ni...!

Aku lancar je baca part loghat utara tu walhal aku bukannya orang utara.. Mungkin sebab penulisnya memang orang utara dan beliau dah sinonim dengan loghat itu, maka menjadilah dialog tersebut.. 


Tapi bila masuk part loghat Negeri Sembilan tu memang aku tak puas hati sungguh..! Macam mana aku yang pure noghoghi ni (hehh.. hehh.. hehh..) tak buleh nak baco boto-boto dialog noghoghi tu..? Macam tobolit-bolit lak lidah nak m'baco ehh.. Dah macam ghoman oghang luar lak.. Ni yang aku tak pueh ati sungguh ni.. Ghaso nak ghobuih yoo buku tu.. ahahaha... 





Banyak part yang menarik dalam kisah ni.. Nak tau lebih lanjut, kenalah beli dan baca sendiri.. Yang penting, jangan skip masa membaca.. Nanti tak faham pulak.. Lagi satu, glosari ada disediakan kat bahagian belakang muka surat.. 


p/s: Disarankan beli MLCA ni dengan kadar segera kerana stok buat masa ni sangatlah terhad..