Pages

Monday, June 8, 2015

Siapa yang harus dipersalahkan...?

Assalamu'alaikum...


Siapa yang harus dipersalahkan...?


Kawan yang baik tidak akan mengajak kawannya ke arah keburukan.. Satu contoh paling mudah adalah seperti ini..


Kita dah baca satu buku ni.. Kita dah tau apa yang ada di dalam buku tersebut samada banyak yang baik ataupun sebaliknya.. Dan apa yang kita baca itu lebih banyak keburukan yang ditonjolkan dan sangat tidak sesuai untuk kita sebarkan.. Tapi, kita sebarkan juga buku tersebut kepada kawan-kawan kita.. Kita rekemen buku tersebut walaupun kita dah tau tiada unsur kebaikan dalam buku itu biarpun dikatakan ianya bertujuan untuk memberi pengajaran..


Bila dah semakin ramai yang membeli dan membaca, maka semakin banyaklah penyakit buruk itu tersebar.. Sedangkan pada hakikatnya, jika kita seorang je yang baca dan lepas tu buat senyap sahaja, hanya kita seorang sahaja yang 'sakit'.. Tapi bila kita dah sebarkannya, maka semakin ramailah yang ikut 'sakit' dan semakin sukarlah untuk membendung penyakit itu yang terus menular menjadi 'virus'..




Kau nak baca buku lucah, kau sorang je la baca.. Kau nak tengok video lucah, kau sorang je la yang tengok.. Bila kau sebarkan benda macam ni dan ramai yang mengikutinya, maka, dosa itu lebih banyak jatuh pada diri kau sebab kau yang beri laluan.. Manakala jika kau tak sebarkannya, hanya kau seorang je yang berdosa.. Tolak ketepilah si penulis buku dan pembuat video tadi sebab dorang memang dah sah-sah 'sakit tenat'.. Mungkin kau nak kongsi 'keseronokan' itu dengan kawan-kawan kau tapi kau kena ingat bahawa dosa kawan-kawan kau tu kau jugak yang kena tanggung.. Persoalannya, mampukah kau tanggung semua dosa tersebut..?


Siapa yang harus dipersalahkan bila penyakit sebegini semakin menjadi-jadi..? Jangan melacur dan melucah dalam berkarya walaupun permintaan terhadap buku sebegini amat tinggi..



Sayang kawan biarlah berpada-pada.. Janganlah menyokong jika apa yang dia buat tu dah sah-sah salah.. Yang salah tetap salah.. Menyokong perkara yang salah pastinya membawa rebah.. Adakah kita mahu kawan kita rebah sebelum masanya..? Sampai bila kita nak berpura-pura demi menjaga hati kawan..?


Kreatiflah dalam berkarya.. Bukannya 'sakit' ketika berkarya.. 


p/s: Sayangilah duit kita.. Tak perlulah nak beli karya yang lacur dan lucah ni..