Pages

Monday, July 27, 2015

Mari kita merendang...

Assalamu'alaikum...

Mari kita merendang...

Ini adalah rendang ayam pencen.. Bila namanya ayam pencen, maka dia punya daging memanglah liat dan keras ya amat.. Makanya, kenalah ambil masa nak bagi daging tu lembut dan empuk..


Sejujurnya, aku tak pernah masak sendiri rendang ayam pencen ni.. Kalau gulai ayam daging yang biasa tu selalu la aku buat.. Selalunya bab rendang ni mak aku yang rajin buat dan aku pulak rajin makan.. Standard la tu, kan.. ahaha.. Tapi memandangkan mak aku sekarang tak sihat, maka aku beranikan diri mencuba sendiri masak rendang ayam pencen ni.. Kiranya ini macam mencabar keupayaan diri sendiri la ni.. hehh...


Rendang ni aku buat selepas beberapa hari raya.. Aku buat untuk dibekalkan kepada adik-adik aku.. Biasanya memang dorang akan bawak balik bekal lauk pauk tapi mak aku yang masak.. Jadinya, kini giliran aku la pulak yang ambil alih tugas tu.. Itupun ikut pada kudrat aku jugak la.. Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan yang baik kat aku..


 Dua kali tambah air banyak macam ni...


Aku mula masak rendang ni dari malam.. Lepas tu sambung bawak ke siang hari keesokan harinya.. Dua kali aku tambah air untuk melembutkan daging ayam pencen tu..


Aku main redah je masukkan bahan.. Takde nak sukat-sukat berapa banyak nak guna.. Ikut rasa lidah je.. Bahan yang aku gunakan untuk rendang ayam pencen ni adalah serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili kering kisar, cili api, santan, garam dan kerisik.. 


Kerisik tu aku siap buat post kat fb aku.. Aku tanya masa bila nak masukkan kerisik tu sebab mak akupun memang buat rendang tak masukkan kerisik.. Aku nak cuba masukkan kerisik sebab lebihan kerisik masa kakak aku buat rendang malam raya hari tu ada lagi.. Sayang pulak kalau biarkan lama-lama.. Nanti kerisik tu tengik.. Mujurlah ada kawan yang bagitau kerisik tu dimasukkan bila rendang tu dah nak kering.. Alhamdulillah, dapat satu ilmu.. Tak rugi bertanya, kan..? Terima kasih Kak Erna.. hehe...


Aku tak tengok pulak masa kakak aku buat rendang tu.. Akupun tak tanya dia sebab nanti aku kena ambush bertalu-talu.. ahahaha.. 


 Baru letak santan..


Ayam pencen ni aku gunakan tiga ekor.. Seekor ayam pencen harga dia RM12.. Santan pulak daripada empat biji kelapa.. Mujurlah kelapa kat rumah masih banyak.. Cuma, jenuh la sikit nak perah.. hehe.. Mujurlah abang aku tolong kopek dan mesinkan...


Dah kering dah.. Dah boleh makan...


Alhamdulillah, aku dapat bekalkan rendang ayam pencen ni kat adik-adik aku.. 


p/s: Ingat nak buat lagi la rendang ayam pencen ni.. Lepas tu, frozen-kan.. Bila ada yang balik, just panaskan je.. Sebabnya, proses nak masak rendang ni memang ambil masa yang lama.. Kalau daging ayam tu masih liat, mau tercabut gigi kapak dibuatnya.. ahaha...