Pages

Monday, August 3, 2015

Tau takpe... Kalau kau boleh buat, kenapa aku tak boleh...?

Assalamu'alaikum...

Tau takpe... Kalau kau boleh buat, kenapa aku tak boleh...?


Disebabkan ayat dalam gambar kat bawah ni banyak menggunakan shortform, maka aku dengan rajinnya tulis balik semula.. Aku tak suka dengan ayat yang dipendekkan tapi aku suka dengan apa yang orang ni luahkan.. Kiranya, ianya sama dengan apa yang aku rasa.. :p


"Saya selalu akan tengok sikap orang dengan saya dulu. Kalau skema, saya akan jadi skema. Kalau orang hu ha, saya akan jadi hu ha. Kalau orang suka menyindir, saya akan lagi kuat menyindir. Tak sakit hatipun. Sebab sama-sama, kan.. And trust me, saya memang terer bab menyindir, pasal dibesarkan dalam golongan yang macam tu. Saya tak simpan dalam hatipun, pasal dah terbiasa..


Tapi saya paling tak suka orang yang layan kita buruk tapi harap kita layan dia baik. Dia saja yang boleh menyindir tapi kita kena dengar macam orang bodoh! Rahsia dia, dia harap kita simpan. Rahsia kita, dia canang satu dunia..


Come on la.. Bukan awak je yang ada perasaan kat dunia ni..!"




Dulu, akupun macam ni jugak iaitu tengok sikap orang sebelum aku ikut serta dalam perbualan mereka.. Lagipun aku bermula sebagai chatters kat satu cenel di Astro@15.. Jadinya, aku dah biasa sangat dah bergurau dan sindir-menyindir sesama geng kat situ.. Memang aku tak simpan dalam hatipun sebab tujuan asalnya aku ada kat situ hanyalah sekadar 'melepak'..


Cuma, sekarang ni aku agak memilih.. Semuanya ada kaitan dengan ayat ini; Tapi saya paling tak suka orang yang layan kita buruk tapi harap kita layan dia baik. Dia saja yang boleh menyindir tapi kita kena dengar macam orang bodoh! Rahsia dia, dia harap kita simpan. Rahsia kita, dia canang satu dunia.. 


Iya, kerana orang macam tu la yang buatkan aku menyampah.. Sangat-sangat menyampah..!


 “If you have two friends in your lifetime, you're lucky. If you have one good friend, you're more than lucky.” - S. E. Hinton


p/s: Biar tak punya ramai kawan asalkan mereka itu semuanya baik lagi jujur dan bukannya jenis tikam dari belakang..