Assalamualaikum...
Takde kerja, carilah kerja..!
Dah tau takde kerja, carilah kerja, kan..? Ni tak, asyik la nak bersungut je.. hehh... Dah..! Jangan nak membebel panjang-panjang.. Kang habis bernanah telinga orang.. ahaha..
Ni kisah yang berlaku beberapa minggu lepas.. Aku dah penat membebel suruh orang kat rumah ni mesin rumput sekangkang kucing ni tapi dia buat donno je.. Aku ni tak boleh tengok keadaan macam ni.. Sakit mata aku menengoknya..! Kalau mata dah sakit, tentulah hatipun ikut sakit sama, kan..? Kalau tak, takde la timbul pepatah dari mata turun ke hati.. ahakk...
Makanya, akupun gagahkan diri untuk membakar rumput yang dah tinggi ni dengan menggunakan sabut kelapa yang aku kumpul.. Lepas tu, terus sambung bersihkan kawasan sekitarnya.. Makan masa empat hari jugak untuk aku selesaikan semua kerja ni.. Maklum la, buat kerja sorang-sorang.. Kerja dalam rumah aku kena buat.. Kerja luar rumahpun aku jugak yang nak kena buat..
Jenuh nak bakar rumput yang masih lagi hidup.. Dah la rumputnya tebal-tebal.. Nak cangkul memang aku tak larat.. Tu yang aku bakar guna sabut tu.. Musim hujan macam sekarang ni cepat aje rumput tu tumbuh balik.. huhu..
Dah bersih dah.. Takde la sakit mata nak menengoknya.. Hatipun takde la meluap-luap geram...
Pokok serai yang kakak aku tanam.. Banyak jasa serai ni.. Terima kasih sista..!
Pokok jambu batu ni tumbuh sendiri.. Saja aku biarkan hidup sebab daun jambu batu ni banyak jugak khasiatnya.. Salah satu khasiat daun jambu batu adalah untuk melegakan cirit-birit pada kucing.. Caranya ialah dengan memberi minum air ramasan daun jambu batu tersebut pada kucing yang kena cirit-birit tadi..
Tangga untuk turun ke belakang rumah ni pun aku bersihkan sekali.. Separuh tangga tu dah kena timbus dengan tanah dan penuh dengan rumput.. Apabila sudah dibersihkan, barulah nampak lebar tangga tu..
Pokok ubi kayu yang aku tanam.. Benihnya aku mintak kat jiran depan rumah.. Ini ubi kayu untuk makan daun sahaja..
Pondok tu asalnya adalah reban ayam.. Oleh kerana ayam mak aku pun tak nak tinggal dalam reban ni, maka aku minta tolong orang untuk buang dinding reban tu.. Buat semak je berdinding semua.. Dah la tiang semua tu penuh dengan sarang anai-anai.. Jenuh aku dok kikis sarang anai-anai tu.. Dah buang dinding reban tu, barulah nampak luas sikit pemandangan..
p/s: Rumah kita, kitalah yang kena bersihkan.. Nak upah orang, tak berkemampuan.. Suka atau tidak, terpaksalah buat sendiri.. Kalau tak bersihkan, takut jadi tempat nyamuk membiak la pulak..