Assalamu'alaikum...
"Kenapa novel sekarang macam sampah ek... Takde moral langsung.. Takat nak sedapkan hati pembaca tapi hampeh.. Cuba bandingkan dengan novel lama.. Kenapa novel lama tebal dan banyak moral.? Hmmmm.."
Ini adalah salah satu dari komen orang yang aku jumpa.. Cuma, aku 'perbetulkan' segala ejaan sebab komen tersebut menggunakan bahasa ringkas dan aku sangat tidak menyukai penggunaan bahasa yang merosakkan pemahaman.. :D
*************************************
Bagaimanapun ada penulis-penulis novel picisan ini yang tidak setuju dan menafikan keadaan ini. Bagi mereka perkembangan seumpama ini adalah satu yang positif kerana menyumbang kepada peningkatan tahap membaca dalam kalangan remaja. Tetapi peningkatan tahap membaca tidak memberikan sebarang makna kalau bahan yang dibaca adalah bertaraf picisan..
Lihatlah elemen-elemen yang ditekankan dalam drama-drama yang diangkat daripada novel picisan yang ditayangkan di saluran televisyen tempatan. Di dalamnya seolah-olah remaja Melayu hidup dalam dunia ciptaan yang memperagakan kemewahan tetapi tanpa menekankan aspek-aspek intelektual..
p/s: Aku kena kurangkan pembelian novel picisan sebab akupun banyak beli novel macam ni iaitu novel yang takde pengisian di dalamnya.. Fantasi semata-mata.. Beli kerana mudah sangat terpengaruh.. Silap aku juga.. Apabila kita membeli novel sebegini, makin lama makin banyak pemikiran picisan yang keluar.. Sampai bila kita nak terus berkhayal dan berangan tak sudah..?