Pages

Tuesday, January 19, 2016

Homemade roti pau...

Assalamu'alaikum...

Homemade roti pau...


Aku baru sahaja selesai membuat roti pau ni.. Aku bagi nama resepi ni sebagai roti pau sebab aku gunakan resepi roti dan aku kukus jadikan ia sebagai pau.. Jadinya, aku takde la nak bersusah-payah pergi mencari tepung pau sebab aku balun semacam je gunakan tepung gandum.. Aku sekadar nak mencuba dan juga sekadar main masak-masak untuk hilangkan kebosanan.. hehh..


Ni resepi roti pau yang aku olah sendiri mengikut kesesuaian aku. Maknanya, ikut selesa aku la nak sukat bahan tu macam mana.. Aku suka sukatan yang senang untuk digunakan.. Aku letak inti karipap dalam roti pau aku ni.. Inti karipap tu yang aku frozen-kan tapi apabila nak guna, aku panaskan balik semula.. Biarkan sejuk dahulu baru boleh diisikan ke dalam roti pau tadi..




Bahan-bahan untuk roti pau aku ni adalah:

2 cawan tepung gandum - gunakan cawan sukatan - ayak
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh GR Superbake 
1 biji telur gred A
1 sudu makan + 1 sudu teh marjerin planta (20 gram)
**1 sudu teh yis mauripan
**3/4 cawan air suam
**1 sudu makan + 1 sudu teh gula (20 gram)


Cara nak buat roti pau:

1- Satukan bahan yang bertanda ** ke dalam bekas.. Kacau rata dan tutup.. Ketepikan dan tunggu sehingga yis mengembang atau berbuih.. 

2- Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, GR Superbake dan garam..

3- Apabila yis dah kembang, tuangkan yis tadi ke dalam bekas tepung dan mulakan menguli..

4- Masukkan telur dan teruskan menguli..

5- Kemudian, masukkan pula planta dan sambung lagi menguli.. Adunan doh ini agak melekit.. Jangan risau, teruskan sahaja uli dan jika melekit di tangan, kaut la dengan sudu.. Lepas tu, sapukan tapak tangan dengan minyak masak dan uli lagi sehingga adunan betul-betul ringan atau orang panggil elastik.. Jangan tambah tepung sebab takut nanti doh keras..

6- Lepas tu, perap sehingga doh naik dua kali ganda.. (Maaf, gambar doh sebelum naik terlupa nak ambil..)





7- Apabila doh sudah naik, tumbuk doh untuk keluarkan angin.. Uli sekejap dan lepas tu terus je bahagikan doh kepada beberapa bahagian yang kecil..






8- Leperkan doh dan isikan inti karipap didalamnya.. Kemudian, tutup semula doh dan gelek perlahan dan letakkan atas kertas dan susun dalam pengukus.. Aku gunakan kertas bungkus nasi lemak tu.. Bahagian berkilat tu aku letakkan doh.. Dapat 12 biji roti pau.. (Aku tekan-tekan dengan jari je untuk leperkan doh tu..) 








9- Kemudian, perap sekali lagi doh tu dan tunggu doh tu naik sekali lagi..






10- Apabila doh dah naik, kukus sehingga roti pau ni masak.. (Aku tak panaskan dahulu pengukus.. Aku terus je kukus.. Aku bajet 30 minit tapi masa 15 minit pertama tu, aku tengok roti pau ni dah masak dah tapi aku kukus lagi 5 minit.. Tu yang roti pau tu mengecut sikit.. Aku rasa kukus dalam 15 minitpun dah okay dah..) 





Beginilah kejadiannya roti pau aku.. Rupanya tidak la secantik mana tapi rasa dan strukturnya boleh la.. Lembut dan gebu la jugak.. Lagipun baru masak, memang la sedap makan masa panas...







Doh roti pau aku ni aku takde la uli lama sangat.. Uli beria pun tak juga.. Aku sekadar hempas-hempas 20-30 kali dan uli macam nak basuh baju guna tangan... 



Walaupun roti pau ni kecut semacam je tapi rasanya alhamdulillah... Si Olen tu pun dok menjeling je.. Nak la tuuuu... hehe..


p/s: Aku ni kebosanan sebenarnya.. Nak baca novel tapi mood nak membaca tu dah semakin jatuh merudum.. Nak tengok tv, takde pula drama yang menarik waktu petang macam ni.. Tu yang aku masuk dapur main masak-masak tu...

Jangan kata akak tak payung.. hehe...

Assalamu'alaikum...

Jangan kata akak tak payung.. hehe...


Alhamdulillah... Sesungguhnya aku tak sangka yang resepi sambal kicap yang aku kongsikan kat grup MAHN mendapat sambutan yang memberangsangkan.. Ramai yang Like dan Share.. Malah sudah ada yang mencuba.. Terima kasih sangat-sangat pada semua.. Segala perkongsian itu aku halalkan.. Moga ia memberi serba sedikit manfaat kepada semua..




Jenuh juga aku nak reply segala komen.. Rasa macam jadi artis sekejap.. ekekeke... Tapi demi kawan-kawan yang memberi sokongan, aku usahakan juga untuk menjawab walaupun cuma setakat "okay, silakan share; boleh je share; okay, sama-sama" dan sebagainya.. Komenpun semuanya sangat berhemah dan aku sangat hargai komen sebegitu.. Alhamdulillah, moga akan terus ada komen-komen yang positif kat grup MAHN tu.. Dan aku sangat hargai segala komen yang sebegini.. 




Siapa yang belum mencuba untuk  buat sambal kicap ni, silalah buat ya.. Senang je nak buatnya.. Buat stok banyak-banyak dan simpan dalam peti ais.. Nak guna, tinggal ceduk je tapi pastikan setiap kali ceduk, guna sudu yang bersih.. Lepas tu, tutup bekas tu rapat-rapat dan simpan semula dalam peti sejuk.. Kalau betul cara jaga, sambal kicap ni boleh tahan berbulan-bulan lamanya.. Itupun jika jarang ceduk la.. Kalau selalu ceduk, takde la boleh tahan lama sebab sekejap je dah habis.. hehe...


p/s: Nak kongsi duit, akupun kurang mampu.. Maka, aku share aje la apa yang aku tau.. Dan aku memang suka berkongsi benda-benda macam ni.. hehe..