Pages

Tuesday, February 28, 2017

Jom buat sendiri wet food untuk kucing kita!

Assalamu'alaikum.

Jom buat sendiri wet food untuk kucing kita!

Pagi tadi aku ke pekan sehari. Beli la ikan selayang sekilo RM10. Carrot dua biji RM2. Bayam satu ikat RM1. Agar-agar satu bungkus RM4. Semua ni adalah bahan nak buat wet food untuk geng bulus kat rumah aku ni. 




 ^
Ikan tu buang perut dia dan cuci bersih. Lepas tu rebus dalam kuali sampai ikan tu masak. Tak payah letak asam keping atau garam. Kau ingat nak buat kuah laksa? Haha.
v


 ^
Biarkan ikan tu sejuk atau suam. Lepas tu, ambil ikan dan kisar halus. Kisar je semua sekali dengan kepala dan tulang dia tu. Air rebusan tu jangan dibuang. Gunakan untuk mengisar. Kaut habis saki baki ikan yang ada dalam kuali tu. Takut ada tulang kasar je kat dalam tu. Kot la tercicir, kan? Haha.
v


Sayur bayam tadi dipotong. Carrot potong kecil-kecil la ya supaya senang nak kisar. Agar-agar tu guna separuh je.
v


 ^
Masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan sekali agar-agar tadi. Masak hingga agar-agar larut. Kalau air tu sikit sangat, boleh la tambah lagi.
v


 ^
Apabila agar-agar dah larut dan dah agak pekat, boleh la masukkan ke dalam bekas. Ikutlah nak masukkan dalam bekas apa.
v


^
Aku masukkan dalam bekas macam ni. Nanti senang nak keluarkan. Kita masukkan satu bekas je dalam peti ais biasa manakala yang selebihnya boleh la kita bekukan. Nak guna nanti, barulah kita keluarkan dan defrost dulu sebelum bagi makan kat geng bulus.
v


 ^
Ni sebahagian daripada kucing yang ada kat rumah aku. Setakat ni ada dalam sepuluh ekor. Hari tu banyak yang dah mati sebab virus. 
v


Kucing aku kucing kampung. Makanya, aku gaulkan wet food tadi dengan nasi. Kalau bagi wet food tu je, memang tak cukup la jawabnya. Nak beli selalu makanan kering tu memang aku dah tak mampu dah. 


p/s: Makan aje la apa yang ada nak oiii...! Janganlah nak demand tinggi sangat. Mak angkat korang ni bukannya orang kaya. Sedar-sedarlah diri tu sikit!

Monday, February 20, 2017

Kita jaga sahaja apa yang kita ada.

Assalamu'alaikum.

Kita jaga sahaja apa yang kita ada.


Jangan perlekehkan entri dalam blog blogger lain kerana entri dalam blog kitapun belum tentu ada orang nak baca. Entah-entah, nama blog kitapun takde dalam carian, apatah lagi berada dalam ranking pertama. Haha. 




Sama jugak dengan penulis novel. Jangan dok perlekehkan novel penulis lain kerana novel tulisan awak itupun belum tentu orang nak beli dan baca. Entah-entah nama awakpun orang tak kenal. Sadis tak?




Selagi entri blog atau isi novel tersebut tidak mendatangkan bahaya dan kemudaratan kepada kita dan kepada umum, kita baca aje la, jika nak baca la. Jika sebaliknya, pandai-pandailah kita tepis, tangkis dan buat apa yang patut. Ada akal, kan?


p/s: Kesimpulannya, kita jaga sahaja apa yang kita ada. Jangan sibuk nak jaga tepi kain orang sedangkan kain kita ada lubang yang tersembunyi.

Saturday, February 18, 2017

Senyumlah selagi mampu.

Assalamu'alaikum.

Senyumlah selagi mampu.


Iya, selagi kita mampu untuk tersenyum, senyumlah! Tak perlu tengok rancangan lawak untuk buatkan kita tersenyum atau ketawa terbahak-bahak. Cukuplah tengok apa yang ada di sekeliling kita. Alhamdulillah.












Apabila sudah penat tersenyum, tidurlah seketika untuk melepaskan lelah. Tidur dalam pasupun boleh macam si Kuning ni. Haha.





Dan, jangan lupa untuk mensyukuri segala nikmat dan rahmat yang Allah berikan. Alhamdulillah.


 Pokok jagung aku dah akil baligh dah tapi belum cukup matang lagi untuk disunting. Ahak! (20/2/2017)


Bunga orkid butterfly ni kembang lagi sekuntum menjadikan lima kuntum sedang mekar. Alhamdulillah. (20/2/2017)


p/s: Kenalah usaha mencari ruang dan peluang untuk ceriakan hati sendiri. Macam aku, sekarang ni aku sibukkan diri dengan menanam pokok sayur. Satu terapi untuk diri aku jugak. 

Wednesday, February 8, 2017

Projek sawi mini nutripot.

Assalamu'alaikum.

Projek sawi mini nutripot.

7/2/2017.

Aku buat projek mini nutripot lagi. Kali pertama hari tu aku semai kangkung dan aku gunakan botol air mineral. Kali ni aku semai benih sawi terus dari dalam bekas nutripot tu. Nanti takde la aku nak kena alih-alihkan anak pokok sawi tu ke dalam bekas lain seperti yang aku buat sebelum ni. Itupun jika benih sawi ni bercambah dengan jayanya la. Hahaha. 


Kali ni aku gunakan botol minyak masak Saji yang 2 kg tu. Bahagian bawah botol dijadikan mini nutripot dan bahagian atas buat macam dalam gambar tu. Yang mini nutripot tu, letak sabut kat bahagian bawah dan kat atasnya aku letak tanah. Yang tergantung tu, aku gunakan sabut kelapa yang dicarik/gunting sendiri. Sebab tu la nampak kasar je.  



Terbesar la pulak lubang dia. Mula-mula nak isi tanah kat bawah tu tapi last minute, ubah fikiran la pulak. Laju je air keluar masa siram. Haha.


Sekejap je letak kat sini. Lepas tu, ubah ke tempat lain sebab rasa macam senget je pagar aku tu. Haha.


Bekas isi tanah untuk nutripot tu aku gunakan bekas terpakai axion. Boleh ke guna bekas tu? Kalau botol minyak terpakai boleh guna, takkan bekas axion tu tak boleh guna, kan? Aku tebuk lubang gunakan pemecah air batu. Panaskan hujung dia yang tajam tu.



^
Gunakan kain felt. Takde kain felt, boleh je gantikan dengan tali mop lantai tu. Tak payah nak jadikan alasan tak nak buat. Heh.
v



Kikis sedikit pelekat kat botol minyak tu supaya boleh nampak paras air dalam botol. Takde la nanti air tu kering tanpa disedari atau air terlebih sampai tenggelam bekas berisi benih/tanah tadi. 


 Letak air dalam botol tu dan masukkan sedikit baja. Sekarang ni tengah famous baja jenis air iaitu baja AB tapi buat masa ni, aku gunakan baja biji je sebab aku tak beli lagi baja AB tu. Baja biji ni aku letak sikit je.


Akhirnya, gantungkan kat sini pulak. Boleh la dia join dengan geng sawi yang lain. Hehe.


p/s: Nak berjimat, kenalah ada usaha untuk ke arah itu. Tak perlu kot nak perli-perli menteri dan sebagainya. Kita dok sindir dorang, dorang tetap makan besar dan kita dok macam tu jugak. Baiklah kita usaha sikit-sikit untuk menjimatkan bajet dapur kita.

Tuesday, February 7, 2017

Menu sendiri. Sempoi je.

Assalamu'alaikum.

Menu sendiri. Sempoi je.



Sekarang ni jika memasak, aku pilih menu yang ringkas je. Selalunya menu yang main rebus-rebus je. Kali ni, aku buat menu sendiri tapi tak tau nak letak nama apa untuk menu aku ni. Haha.






Okay, ni dia resepi untuk menu sempoi aku ni. Walaupun sempoi tapi rasanya amatlah berbaloi. Rugi weii siapa tak nak cuba buat. Kehkehkeh.


Ayam potong kecil-kecil + dua batang serai dititik + satu labu bawang besar saiz sederhana dihiris + sebiji bawang putih diketuk + seinci halia dititik + secekak kacang boncis potong dua + sehiris perahan lemon dan ambil sekali kulit lemon tu + satu sudu makan sos tiram + satu sudu makan sos lada hitam + sedikit garam halus + air secukupnya untuk mereneh. Gaulkan semua bahan. Masukkan air dan kacau rata. Lepas tu, letak periuk/kuali atas api dapur. Gunakan api sederhana besar. Tutup periuk/kuali dengan tudung periuk. Sepuluh minit kemudian, buka tudung periuk dan kacau sebati. Tutup periuk lagi sekali dan masak lagi dalam anggaran masa 5-8 minit. Dah siap satu menu sempoi. Siapa suka pedas berapi, boleh la letakkan hirisan cili padi.



p/s: Okay, dah siap. Mudah je, kan? Cuba la buat naaa.. Ni kalau beli kat kedai, mau kena caj tujuh lapan ringgit sebungkus ni. Bukan seperiuk ya. Melampau la tu seperiuk tapi harga nak murah. Haha.


Friday, February 3, 2017

Cuba lagi dan jangan putus asa!

Assalamu'alaikum.

Cuba lagi dan jangan putus asa!


Ni la kerja aku sekarang. Dok la sibuk dan menyibukkan diri dengan kerja berkebun. Kononnya la! Ahak. 


Gambar ni gambar lama. 


Jangan tak percaya ya. Gigih aku minta tolong abang aku pergi kedai hardware untuk beli dawai mata punai dan jugak jaring hitam. Lepas tu, gigih pulak aku dok potong satu-satu dawai mata punai sepanjang lebih kurang enam meter! Gambar dah ada kat bawah, takkan tak percaya lagi kot. Heh.




Sampai melecet tapak tangan aku sebab terkena belakang cutter tu. Tapi aku gagahkan jugak untuk siapkan kerja memotong. Sapu ubat luka kat tempat yang melecet dan tampal dengan kapas. Lepas tu, pakai sarung tangan dan teruskan kerja memotong sampai siap. Dah melecet tapak tangan baru nak pakai sarung tangan. Hahaha.





Lepas siap memotong, terus je aku sambung buat kerja pemasangan pulak. Masa ni la datang pulak sorang kawan ajak bersembang. So, layankan aje la. Lagipun boleh jugak aku berehat sekejap melepaskan lelah. Heh.


Aku terpaksa kepung kawasan ni sebab kucing-kucing aku suka sangat jadikan tempat ni sebagai jamban dorang. Tak larat dah aku nak melayan perangai dorang tu. Lepas ni, pandai-pandai dorang la membuang kat jamban dorang tu.


  Pasu besar tu tak tau nak tanam apa. Nak kena beli tanah lagi. Adehdehdeh.


Selepas kawan tu balik, akupun sambung la buat kerja pemasangan tadi sampai siap. Apabila dah selesai semuanya, barulah rasa lega di hati. 


Buat masa ni, ada pokok kacang tanah je kat dalam tu. Kacang tanah ni tumbuh balik semula sebab yang lama aku dah cabut dah. Mungkin sebab akar dia masih ada, tu yang dia tumbuh balik tu. So, biarkan aje la dia membesar di situ.


Dawai mata punai tu aku beli enam meter. Satu meter harga dia RM10. Jaring hitam tu aku beli enam meter jugak. Harga satu meter RM3.50. Jumlah keseluruhan adalah RM81. Tapi jaring hitam tu aku tak gunakan lagi. Saja la beli dulu. Mana la tau kot-kot nanti diperlukan secara tiba-tiba, takde la nak kena pergi kedai lagi sekali. 


Aku dahpun semai benih sawi dan benih kangkung kat mini kebun aku tu. Saja la nak test dulu. Nak tengok samada benih tu masih elok lagi ataupun dah tak elok sebab benih tu dah lama tersimpan. Tengok dulu dalam masa seminggu ni. Kalau masih belum ada apa-apa perkembangan, anggap je la yang benih-benih tu sudah rosak. Tapi aku ada je stok benih sawi yang aku baru beli. 



Thursday, February 2, 2017

Makna sabar.

Assalamu'alaikum.

Makna sabar.


Makna sabar yang sebenar adalah apabila kita diuji dengan pelbagai macam perkara. Di situlah letaknya kesabaran kita. Di situlah tahap kesabaran kita diuji dan dinilai. 




p/s: Moga Allah kuatkan lagi tahap kesabaran kita dalam menghadapi hari-hari mendatang yang semakin sukar. Aamiin.