Pages

Wednesday, September 20, 2017

Cerita fasal kebun mini lagi.

Assalamu'alaikum.

Cerita fasal kebun mini lagi.


Maaf ya. Dalam blog aku, takde kisah sensasi artis atau kisah politik. Banyak kisah fasal aku dan apa yang ada di sekeliling aku je. Kisah dalam kain, biarlah kekal rahsia. Kita jaga je kain masing-masing. Jika ada kain yang koyak, kita jahit. Tak pandai jahit, hantar kat aku. Aku boleh tolong jahitkan tapi kenalah bayar upahnya. Nak masuk tandas awampun kena bayar oii...! 


Okay. marilah kita tengok gambar. Jika tak lalu dah nak tengok, tak mengapa. Tiada paksaanpun. Haha. 


Mula-mula tengok gambar mangga telur ni dulu. Ada yang terliur atau ada yang dah meleleh air liur? Mangga ni dah selamat aku poskan ke Skudai dan Sungai Petani. 






Yang gambar kat bawah ini pula, sudah selamat sampai ke Bukit Lanjan. Ada orang tu inbox aku kat facebook. Dia bagitau yang isteri dia mengidam. Dah merata dia cari buah mangga telur ni tapi tak jumpa. Akhirnya, dia minta beli dari aku dan akupun dengan senang hati, poskan.






Ini pula gambar pokok-pokok di kawasan belah kanan rumah. Ni la sebahagian daripada kebun mini aku tu.



 Kucai.


 Lokio.


 Keladi. Masak asam keladi atau masak lemak cili padi siput sedut, sedap ni.


 Pegaga. Hari tu dah gondol daun dia. Tak tau serangga apa yang kerjakan. Sekarang tumbuh lagi subur. Alhamdulillah.


 Cili besar.


 Lemon. Semai dari biji benih. 


 ^
Durian belanda. Tolong semaikan untuk kakak.
v


 Macam-macam ada naa...


 Tak ingat pokok apa tapi rasanya pokok bunga kobis.


 Bendi. Buahnya kecil tapi daunnya punya la lebar.


 Pokok kunyit, puding belacan dan cekur manis. Ye ke pokok cekur? Entah, akupun kurang pasti. Haha.


 ^
Sejenis pegaga juga. Tumbuh atas tanah. Dan aku ubah masukkan ke dalam botol minyak terpakai ni. Aku semai sekali biji mata kucing yang aku beli buahnya hari tu.
v


 Tak ingat pokok apa sama ada pokok kobis bulat atau bunga kobis. Tapi sebelah dia tu pokok keledek putih. Hari tu, aku campak je dia punya akar dan kulit dalam pasu ni. Tak sangka pulak tumbuh. Biar je dulu kat situ. Nanti aku ubah ke tanah.


^
Pokok kacang buncis. Pertama kali semai benih buncis ni.
v


 Pokok nanas. Dah bertahun tanam tapi belum nampak nak berbuahpun. Pokok nanas jantan kot. Haha.


 Bawang kecil. Ambil daun dia je.


Di samping tanam pokok sayur, aku tanam juga pokok bunga. Dah lama tak beli pokok bunga. Yang ni pun aku tak beli. Minta keratan batang pokok tu dengan jiran dan aku cuba semai. Alhamdulillah, dia hidup tapi ada juga yang tak mahu hidup.


 ^
Nak berkebun, tak boleh ada rasa geli bermain dengan tanah.
v


Tak tau apa nama pokok ni tapi selalunya orang tanam kat tepi jalan macam kat highway tu. Aku rendam dulu keratan batang dia. Lama nak tunggu dia berakar. Dekat dua bulan jugak akar tu nak keluar. Dah keluar akar, baru aku masukkan ke dalam polybag.
v


 ^
Pokok inipun aku tanam dari keratan batang juga. Yang ni aku cucukkan terus ke tanah dalam polybag dan pasu kecil.
v


 Peneman aku buat kerja. Aku ralit buat kerja, dia tolong jaga kawasan. Hehe.


 ^
Ada pokok kaktus juga. Kesayangan aku ni. Tak banyak jenis kaktus yang ada. Apapun, alhamdulillah. Suka je tanam pokok kaktus macam ni.
v


Pokok keladi hiasan. Anak pokok pemberian jiran.


Pokok snake plant atau lidah mak mentua. Dikhabarkan pokok ini boleh menyerap racun yang berlegar di udara. 
v


p/s: Okay. Ini je gambar untuk entri kali ini. Menanam pokok juga merupakan satu terapi untuk jiwa dan minda. Tak percaya? Cubalah dulu.

Monday, September 18, 2017

DIY: Sembur cat sendiri.

Assalamu'alaikum.

DIY: Sembur cat sendiri.


Baru-baru ini, aku sembur cat sendiri pada buaian dan kerusi taman aku ni. Nak upah orang buat, dah tentulah ada harganya. Disebabkan nak berjimat, maka akupun buat la sendiri. Ala, main sembur-sembur je. Bukannya susahpun. Haha.


Boring la asyik warna yang sama je. Dah berpuluh tahun dok la warna tu je. Kali ni kasi tukar warna dia. Kita bagi warna yang ceria sikit. Barulah seronok mengemas laman. Haha.











 Jimat tak jimat, habis jugak la lapan bekas cat penyembur ni. Tapi tak sampaipun RM100. Okay la tu, kan? Ni sebahagian dari cat penyembur yang aku gunakan. Satu bekas tu harga dia RM9. 




Sebenarnya, aku tak siap lagi menyembur cat ni sebab cat warna hijau tu habis la pulak. Tergendala la sekejap kerja aku tu. 




p/s: Sembur sikit-sikit dah la. Asal ada perubahan, dah memadai la kot. Haha. Kalau semua nak kena sembur, jenuh weii.. Mana aku nak cekau pitih. Heh.


Update (2/10/2017)

Okay, dah siap dah aku menyembur. Hampir RM100 jugak la yang habis untuk beli cat penyembur tu. 






Apabila dah siap, geng buluspun mula la melepak. Mujurlah masa menyembur dan cat masih basah, dorang tak kacau aku buat kerja. Mungkin dorangpun takut dengan bunyi semburan cat tu. Hehe.





Dah lepak tu, dah la. Ni disondol-sondolnya bunga hiasan aku tu sampai senget benget bunga tu dia kerjakan. 





Kena marah dengan aku, pandai pulak buat muka seposen. Haha.




Lepas tu, terus je tidur. Merajuk la tu.. Tak kuasa nak melayan. Hehe. Oh ya, nama dia Kembang. :D




p/s: Barulah nampak ceria sikit taman mini aku ni. Hehe. Alhamdulillah. Ni satu terapi jugak ni.