Pages

Sunday, May 14, 2017

Ubah anak pokok durian belanda.

Assalamu'alaikum.

Ubah anak pokok durian belanda.

Dua hari lepas, aku ubah anak pokok durian belanda yang aku semai hampir dua bulan lalu ke dalam polybag kecil. Aku ni main semai je benih durian belanda tu. Ikut sempat aku je sumbat dan tekan biji benih tu merata-rata. Tak sangka pulak banyak yang tumbuh. Apabila semua pakat tumbuh, mula la kalut cari tanah dan beli polybag. Haha.







Apabila dah siap ubah masuk ke dalam polybag, dapatlah banyak ni. Menceceh-ceceh la jugak peluh masin aku keluar. Hahaha.







Yang kat bawah ni ada yang aku dah semai dan ubah dari awal. Sebab tu ada pokok yang daun dia dah banyak sikit.


Kat rak ni je dah ada 29 anak pokok durian belanda.


Aku semai benih durian belanda ni untuk kakak aku. Dia ada kata yang dia nak buat kebun durian belanda kat kampung. Makanya, sebelum dia pencen ni, aku tolonglah semaikan dulu. Mudah-mudahan impian kakak aku tu dimakbulkan Allah. Moga Allah panjangkan usianya dan berikan kesihatan yang baik pada beliau. Aamiin.


Nak bantu dari segi kewangan untuk buat kebun durian belanda tu, aku tak mampu. Makanya, aku buatlah apa yang aku rasa aku mampu nak buat. 


p/s: Keseluruhannya, ada hampir 60 buah polybag anak pokok durian belanda ni. Rasanya, cukuplah setakat ni je yang aku semai. 

Tingginya la haihh..! Benih dari mana ni?

Assalamu'alaikum.

Tingginya la haihh..! Benih dari mana ni?



Ni merupakan salah satu pokok bendi yang aku tanam kat mini kebun aku ni. Pokoknya dah tinggi melebihi tinggi aku dah. Rasanya dah hampir enam kaki dia punya tinggi. Masalahnya, sampai sekarang pokok bendi ni masih belum ada buah lagi. 




Nak kata terlindung dari cahaya matahari, pokok bendi ni elok je dok kat tengah-tengah mini kebun aku ni. Kiranya dapat seratus peratus cahaya matahari la.




Akupun tak tau kenapa pokok bendi yang aku tanam dalam polybag ni payah sangat nak berbuah. Entah benih sesat dari mana agaknya. Tapi tengok kat pucuk atas tu, macam dah nak keluar bunga dah. Harapnya bunga tu nanti lekat la jadi buah. Jenuh dah ni aku tunggu buah bendi ni keluar. 



Ni bunga ke, buah? Macam nak jadi buah terus je ni. 


Apa yang peliknya, pokok bendi yang aku tanam di bawah pokok rambutan ni, elok pulak berbuah walaupun pokoknya masih lagi rendah dan tidak mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Dah tiga kali jugak la aku ambil buah dia. Tapi sepokok tu ambil sebuah je la sebab bendi ni keluar tak sama waktu.




Baru je petik buah bendi yang ini. Sebijipun jadi la. Haha.


Apapun, alhamdulillah. Hidup jugak pokok bendi aku ni. Bendi ni payah nak hidup. Punya la banyak benih yang aku semai, ini aje yang hidup dan besar dengan sihat. 


p/s: Takpe, sabar je la menunggu buah bendi dari pokok tinggi melangit tu keluar.