Assalamu'alaikum.
Tips beli kain.
Haa, baca ni. Jangan nanti baju ketat atau senteng, kau salahkan tukang jahit. Bagi kain ngam-ngam tapi badan besar, mana la nak cukup kain tu. Nak selesa, kenalah keluarkan modal lebih sikit.
Kalau badan yang besar dan gempal, ukuran kain ela yang perlu dibeli, kalau bidang 45, beli kain 4 meter setengah (4 1/2m). Kalau bidang 60, beli kain ukuran 4 meter.
Kalau kain berkaki atau berjalur, beli kain 4 meter suku (4 1/4m). Kalau badan yang gempal/besar, beli kain 4 1/2 meter.
Kalau badan yang normal atau badan yang biasa sahaja, tak terlalu gemuk atau besar. Beli kain kalau bidang 45, 4 meter. Kalu bidang 60 3 1/2 meter. Tetapi berkaki atau berjalur perlu beli 4 1/4 meter(bidang 45). Kalau bidang 60 beli 4 meter dah cukup.
Kanak-kanak 5 tahun k ebawah beli kain 2 meter.
Kanak-kanak usia 6-12 tahun beli kain lebih kurang 3- 3.5 meter.
Usia 12-13 tahun beli kain 3.5 meter ikut saiz badan. Kalau badan besar beli kain 4 meter.
Ada juga pelanggan yang beli kain ela yang sudah siap di potong seperti 2 meter baju 2 meter kain. Selalunya untuk buat baju memang tak cukup. Ini juga bergantung kepada saiz masing-masing. Kalau nak beli juga, beli untuk baju 2 1/4 meter. Jangan peningkan kepala tukang jahit.

Memang pening kalau dapat kain yang tak cukup inci ni. Bukan sedikit dia punya pening. Kadang-kadang sampai sakit kepala dibuatnya. Stress okay! Banyak buang masa kat dia je sebab nak kena adjust sana sini. Kalau kain tu jenis yang lembik, lagi la stress. Upah jahit baju tentulah lebih sikit. Habis tu, kau ingat masa dan tenaga tukang jahit yang dok pusing-pusing kain kau tu, kau tak nak kira?
p/s: Nak selesa, janganlah berkira. Banyak songeh, jahit la sendiri!