Pages

Wednesday, November 15, 2017

Masak lemak cili padi ikan siakap berencahkan rebung madu.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ikan siakap berencahkan rebung madu.


Pergh...! Panjang betul tajuk entri kali ini. Haha. 


Sebetulnya, rebung madu ni kakak aku yang kat Labu tu bawa balik sini dua minggu lepas. Rebung tu dia dah siap rebus sebab nak simpan lama. Kalau nak masak rebung tu on the spot, tak payah rebus, terus je masak tapi sebab nak simpan lama, kena la rebus dulu. Kalau tak rebus, nanti dia jadi masam. Dah jadi rebung jeruk. Kurang sedap la jadinya nanti.


Hari ini, aku teringat pulak kat rebung madu yang aku letak dalam peti sejuk tu. Tu yang aku keluarkan dan terus je masak. Aku masak separuh je dulu. Lagi separuh tu nanti masak lain kali la pulak.




Sebelum masak rebung madu ni, kenalah hiris nipis dulu. Jangan pulak gulai seketul-seketul macam tu. 




Dah siap hiris, boleh la simpan separuh dan masukkan ke dalam peti sejuk. Lain kali boleh masak lagi. Tak payah letak garam. Masa merebuspun jangan letak garam. Nanti rebung tu serap garam tu.





Oleh kerana rebung madu ini tidak dijerukkan, maka kenalah letak asam keping. Kalau guna rebung jeruk yang masam tu, tak payah dah letak asam keping.




Disebabkan rebung madu ini sudah direbus terlebih dahulu, maka proses memasaknya tidaklah mengambil masa yang lama jika nak dibandingkan masak rebung yang belum direbus.


Mana gambar gulai yang dah masak? Alahai, aku dah tak larat dah nak ambil gambar. Lepas je siap masak, terus aku melepek sebab sebelum masak tu, aku dah buat kerja-kerja pembersihan di kebun mini aku tu. Tu yang penat berganda tu. Itupun syukurlah aku gagahkan jugak diri untuk masak ikan siakap dengan rebung madu ni. Jika ikutkan badan yang penat, aku goreng je telur mata kerbau. Haha.


p/s: Alhamdulillah. Sesungguhnya setiap rezeki kita ini Allah yang tentukan. Maka, bersyukurlah selalu.