Assalamu'alaikum.
Masakan hasil dari kebun mini.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur di atas segala limpahan rahmat dan nikmat yang Allah berikan. Alhamdulillah.
Inilah antara masakan yang hasil sayurnya dipetik dari kebun mini kat rumah aku ni. Betul la kata orang; jika berbudi pada tanah, insyaAllah, pasti ada hasilnya. Berapa banyak hasil yang kita dapat, itu jangan diambil kisah sangat. Yang penting, kita yakin bahawa tanaman kita itu bebas dari racun serangga.
^
Kobis yang tak berapa bulat. Haha. Walaupun kecil, dapat la jugak semangkuk apabila digoreng.
v
^
Kacang panjang merah dan kacang panjang renek. Goreng campur dengan telur. Sedap.
v
^
Bendi dan bunga kantan. Masukkan dalam asam pedas. Mabeles..! Daun kesum tu pun ambil dari kebun mini aku jugak.
v
^
Ini tuaian untuk hari ini. Dapat la jadi rencah dalam masak lemak cili padi ikan siakap ni.
v
Jika diikutkan, dah banyak dah hasil dari kebun mini aku ni yang aku kutip hasilnya. Alhamdulillah. Apabila ada hasil, makin bersemangat nak menanam lagi.
p/s: Tanam tanaman takpe. Boleh jimat belanja dapur. Jangan tanam dosa. Tanam dosa, tak dapat apapun. Dapat dosa tu je la. Heh.