Assalamu'alaikum.
SOP dan guru.
Sila baca dengan mata hati, bukan baca mengikut emosi.
------------
"Memang patut pun cikgu tu didakwa. Siapa suruh sentuh murid? Siapa suruh tak ikut peraturan? Siapa suruh langgar SOP? Peringatan buat semua cikgu, lain kali sila ikut SOP. Jangan main langgar sahaja."
Begitulah antara hantaran komen yang mendapat sambutan hangat. Suka bebenar mereka bila cikgu didakwa. Alasan utama, padan muka cikgu sebab langgar SOP.
Baik. Kau nak cerita pasal SOP dengan aku kan? Kau dengar sini. Cikgu adalah makhluk yang paling banyak melanggar SOP. Bahkan kalau tak langgar kau orang maki hamun kata cikgu tak ada hati perut pula. Biar aku senaraikan apa SOP yang selalu cikgu langgar.
1. Kalau ikut SOP, guru tak perlu basuh kencing berak murid. Tak perlu salin pakaian baharu. Biasanya pakaian baru itu pun cikgu yang akan beli di Koperasi Sekolah sekiranya tiada baju kecemasan yang sesuai dengan saiz budak tu. Guna duit poket sendiri.
Ikut SOP, guru hanya perlu call parent. Tunggu mereka yang datang bawa pakaian bersih, basuh berak dan kencing anak. Mop lantai dalam kelas, salin pakaian anak mereka dan bawa pulang atau teruskan pembelajaran.
Tapi pernah kau dengar ibu bapa datang ke sekolah tengok anak dalam keadaan hancing dan busuk? Tahi dah mengeras kat bontot sebab tak ada cikgu basuh?
Pernah dengar ke tak? Kenapa tak pernah dengar? Sebab guru seluruh Malaysia melanggar SOP!
2. Ikut SOP, cikgu tak perlu bagi duit belanja pada murid yang duitnya tercicir. Atau yang ibu bapa lupa bagi duit belanja. Atau duit murid itu kena curi.
Cukup maklumkan pada ibu bapa yang anak mereka tak ada duit belanja hari itu. Biar ibu bapa datang hantar duit belanja atau bekal makanan.
Tapi cikgu-cikgu mana sanggup biar anak murid mereka berlapar. Walau melanggar SOP, walau duit poket sendiri tak banyak, tapi mereka takkan pastikan murid mereka kelaparan!
3. Kalau ikut SOP, guru tak perlu pun beli kasut dan pakaian untuk murid yang kasut dan pakaiannya koyak rabak. Khususnya murid miskin. Tak perlu pun belikan alat tulis bagi murid yang seringkali tiada alat tulis.
Bukan peraturan dan bukan kewajipan bagi guru untuk buat semua itu. Itu bukan SOP nya. Namun, berapa ribu murid di seluruh negara cikgu bantu beli pakaian, kasut dan alat tulis?
Kenapa cikgu langgar SOP? Kau fikirlah sendiri.
4. Kalau ikut SOP, guru tak payah hantar murid sakit ke klinik. Bukan boleh claim duit minyak. Bahkan habis masa di klinik menunggu pula.
Sama juga bawa murid wakili sekolah ke pertandingan sukan. Mana boleh guna kereta guru. Salah SOP tu. Patut ibu bapa yang hantar sendiri. Pernah berlaku kemalangan bila guru bawa murid untuk wakili sukan, akhirnya guru itu didakwa dan didapati bersalah!
Tapi sehingga hari ini, guru menggadaikan kerjaya sendiri melanggar SOP demi melihat kejayaan muridnya dalam sukan dan apa-apa pertandingan.
5. Kalau ikut SOP 100%, sudah beribu-ribu murid kena masuk sekolah pemulihan akhlak. Sudah beribu murid di dakwa mencalarkan kereta guru, memukul guru, memecahkan cermin kereta guru, menggugut guru, serangan seksual, mesej lucah dan sebagainya.
Murid walau melawan, walau nakal, walau bermasalah cikgu sebolehnya tidak mahu buat report polis. Guru percaya itu hanya jalan terakhir. Guru percaya muridnya masih boleh dipulihkan.
Paling penting, guru risau masa depan muridnya gelap bila mereka dilibatkan dengan kes polis dan ada rekod mahkamah.
Kalau nak dituliskan semua SOP yang dilanggar para guru seluruh Malaysia, status aku ini akan menjadi lebih tebal dari novel Lagenda Budak Setan.
Cukup kau orang fahamkan apa yang aku tulis ini sahaja.
Dan ingat, aku pun tidak menyokong kekerasan pada murid seperti lempang atau sepak terajang kerana kesalahan mereka.
Cuma bila sesekali cikgu terlanggar SOP seperti melempang anak kalian, datanglah berjumpa dan minta penjelasan lanjut dengan berhemah. Gaya orang matang datang berbincang.
Bukan terus ke balai polis membuat laporan dan mendakwa di mahkamah.
Kerana terlampau banyak SOP yang cikgu langgar demi kecintaan mereka pada proffession pendidikan. Demi kasih sayang mereka pada murid-murid mereka.
Guru juga manusia. Sesekali tersilap juga. Datang dengan berhemah, bincang dengan baik. Bukan terus nak menyalahkan, terus nak saman bagai.
Jikalah seluruh guru di Malaysia betul-betul mengikut SOP, kesan paling teruk adalah pada murid dan anak-anak kalian.
Kau yang mulakan sebut pasal SOP, maka hadamlah hal ini baik-baik. Sekian.
#MFS
- Aku guru yang selalu langgar SOP demi kecintaan pada proffession dan murid
-------------
Kerjaya yang mulia selalunya banyak cabarannya. Bertabahlah duhai guru. Moga kalian terus bersabar dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa sendiri.
Abang aku sendiri seorang guru, guru disiplin dan juga seorang pengetua. Betul la seperti apa yang dinyatakan di atas. Banyak masalah dalaman yang pihak ibu bapa tak tahu dan tak nak ambil tahu. Cuma sekarang ni abang aku dah pencen dah. Biarlah dia berehat, duduk rumah melayan cucu. Penat dah dia melayan budak-budak nakal. Heh.
p/s: Cita-cita aku dulu nak jadi cikgu jugak tapi apakan daya tak kesampaian. Pasrah je la.