Pages

Monday, January 1, 2018

Hujan dan lapar berpisah tiada.

Assalamu'alaikum.

Hujan dan lapar berpisah tiada.


Hujan, kan?
Lapar, kan?

Jadi?
Jadi apanya. Kenalah rajinkan diri main masak-masak kat dapur. Maka, jadilah cekodok ni haa..






p/s: Alhamdulillah. Dapat jugak isi perut yang berkeroncong. 

Semai pokok kuini.

Assalamu'alaikum.

Semai pokok kuini.


Hari tu dok campak je biji kuini ke dalam kereta tolak buruk yang dijadikan tempat pembuangan untuk buat tanah kompos.
Tak lama lepas tu, tengok plastik yang dijadikan penutup tu dah ternaik ke atas. 




Dalam hati dah berdetik dah; Ni mesti ada anak pokok yang tumbuh. Selak je plastik tu, haa, kan betul. Ada beberapa biji kuini dah cambah dah.





Tadi tengok lagi dalam kereta tolak tu, ada lagi biji kuini yang baru cambah. Nanti kalau dah tak hujan, boleh la mulakan proses masukkan dalam polybag. Alhamdulillah. Nanti boleh la masukkan ke dalam polybag. Setakat ni yang dah sedia ada dalam polybag baru empat pokok. 





Rasanya kat belakang tapak reban ada ternampak dua pokok anak kuini ni. Takpe, tunggu hujan berhenti. Nanti aku korek masuk polybag. .

 




p/s: Biji benih ni, kalau kita tanam elok-elok, letak dalam bekas yang proper, gunakan tanah yang elok, tak mau pulak dia cambah tapi kalau kita lempar je dia, ehh, elok pulak tu dia cambah. Sabar je la. Haha.