Pages

Friday, April 6, 2018

Apabila ulat bulu naik daun..!

Assalamu'alaikum.

Apabila ulat bulu naik daun..!

Ulat bulu kalau dah naik atas daun, memang habis la daun tu dia kerjakan. Takkan la kita nak biar je, kan? Dah la ulat bulu tu besar. Kalau biarkan, nanti dia beranak pinak.




Kalau dah namanya perosak, takkan nak biarkan aje. Kang tak memasal kita pulak yang jadi mangsanya. Jadi, sebelum dia bermaharaja lela, baiklah kita hapuskan dia dengan segera.


Contoh perosak paling mudah adalah mereka yang menjadi orang ketiga yang menjadi punca runtuhnya sesebuah organisasi rumah tangga. Orang yang jadi mangsa tu, takkan nak tengok aje? Paling tidakpun, kena bersuara jugak untuk lahirkan ketidakpuasan hati. Mana boleh main tengok dan diam je. Makin kena tindas la jawabnya. Makin seronok la orang ketiga tu tepuk tangan. 


p/s: Ada ketikanya, kita memang kena bertindak kejam. 
.

Dah lama tak jahit beg.

Assalamu'alaikum.

Dah lama tak jahit beg.

Iya. Lama sungguh aku tak buat dan jahit beg dari kain ni. Bertahun jugak rasanya. Disebabkan aku takde beg untuk pergi rombongan ke Felda Kumai hari tu, maka akupun terus je selongkar storage box aku untuk cari kain beg yang telah berkurun aku potong.


Mula-mula tu, aku cuma jahit satu beg je iaitu yang kain hitam ni.








Lepas tu, sambung pulak jahit beg kain pink ni pulak. Haha. 







Lepas tu, sambung lagi jahit beg peten lain pulak. ðŸ˜±ðŸ˜±ðŸ˜± Maklum la, kain memang dah sedia ada. Dah siap berpotong pulak tu. Akupun apa lagi, proceed je la. Haha.






Ingatkan dah selesai dah jahit beg ni. Rupanya, sambung lagi buat beg kecil pulak. ðŸ˜‚😂😂 Kali ni jahit beg ala-ala handbag pun ya jugak. Ala-ala sling bag pun boleh la. Tak kisah la apa nama dia. Janji aku dah boleh guna dah beg aku ni. Aku gunakan dua-dua beg warna hitam tu. Kiranya beg cap ibu dan anak la. Kehkehkeh.




 Minyak angin tu yang penting tu. Haha.




Ada sekeping lagi kain yang warna hitam tu untuk dijahit. Mungkin aku buat beg yang simple je macam tote bag. Boleh la guna kalau pergi merewang. ðŸ¤­ðŸ¤­ðŸ¤­


Kalau tak pergi rombongan, memang sampai sudah la kain tu tersimpan dalam storage box tu. Gamaknya, sampai mereput la kain tu kat situ. Haha.


p/s: Orang lain, beli beg berjenama yang harga ribu riban. Aku? Guna aje beg yang dijahit sendiri. Takde la bodoh sangat aku nak berhabis duit semata-mata nak beli beg mahal. Nak tunjuk kat siapa?
.