Assalamu'alaikum.
DIY: Buat sendiri bekas kuih raya.
Ini adalah empat jenis kuih raya yang aku buat hari tu. Aku sempat buat dua jenis biskut je sebelum soket untuk plug in oven letrik aku buat hal. Lagi dua jenis tu, aku buat kuih goreng. Kiranya rajin juga la aku ni buat homemade kuih raya. Heh.
Mula-mula, botol tu biar kosong je tanpa aksesori. Lepas tu, letak pula bunga sekuntum. Ehh, lepas tu, letak pula mata sepasang. 😱😱😱
Lepas tu, ehh, tukar lagi. Letak pula butang-butang. Dah..! Cukup-cukup la tu. 😂😂😂
Tak payah guna bekas kuih yang kaca tu. Kang kok jatuh, abih pocah bodoghai. Hatipun paneh yoo menengok ehh. Baiklah guna aje botol plastik macam ni ha. Jimatpun jimat. Singgit yoo satu botol. Lepas tu, hias la sikit-sikit nak naikkan seri. Jadi laa.. Lagipun, orang bukannya nak makan bekas kuih tu. Orang nak makan isi dalam bekas tu je. Kehkehkeh.
Zaman sekarang ni, semua benda nak kena berjimat cermat. Guna aje la barang yang murah ataupun recycle. Orang jobo je yang suka membazir.
p/s: Jobo = Eksyen, berlagak.
.