Pages

Wednesday, October 31, 2018

9 perkara buang masa.

Assalamu'alaikum.

9 perkara buang masa.


Adakah kita tergolong di dalam sembilan perkara di bawah ini? Jika ya, apa yang perlu kita lakukan? Adakah kita akan teruskan dengan membuang masa atau mulakan langkah untuk melakukan perubahan?




Sesungguhnya, sebagai manusia, kita memang tak akan sempurna. Buatlah sebaik manapun, pasti ada cela di sana sini. Namun, sekurang-kurangnya, kita ada usaha untuk berubah supaya menjadi lebih baik dan positif dalam banyak perkara.


Jika dihitung kembali, dah terlalu lama aku buang masa. Banyak perkara di atas yang menjadi kawan karib aku terutama sekali di zaman umur masih muda. Selalu risau dengan kata-kata orang. Namun sekarang, aku lebih bersikap terbuka. Umurpun dah semakin senja. 🤭🤭🤭 Kenalah berubah untuk mendapatkan minda dan jiwa yang stabil. Tak nak fikirkan sangat apa kata orang. Takut nanti jadi murung. Takut nanti stress yang akhirnya mengundang banyak penyakit.


p/s: Hidup kita ini adalah satu realiti. Bukan lagi fantasi semata-mata.
.

Cara rajah pola untuk baju kurung Kedah.

Assalamu'alaikum.

Cara rajah pola untuk baju kurung Kedah.


Aku simpan gambar ni dalam entri ini untuk rujukan di masa akan datang. Sama je dengan apa yang ada dalam nota masa aku belajar menjahit dahulu. 






p/s: Terima kasih pada yang kongsi gambar ni ruangan komen dalam satu grup jahitan. Maaf la sebab tak ingat siapa yang kongsikan.
.

Buah leletup tumbuh sendiri.

Assalamu'alaikum.

Buah leletup tumbuh sendiri.


Buah leletup ni dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita.  <== Sila tekan link dan pilihlah mana satu untuk dibaca. 🤭🤭🤭







Dahulu, pokok yang tumbuh menjalar di atas pagar ni, aku buang sebab takut ada binatang berbisa bersembunyi di situ. Tapi sekarang, aku biarkan sahaja pokok tu tumbuh. Orang lain sibuk mencari pokok ni malahan ada yang sanggup beli. Takkanlah aku senang-senang nak buang begitu sahaja, kan? Rezeki jugak ni sebab dia tumbuh sendiri. Alhamdulillah.




p/s: Zaman budak-budak dahulu, cukup suka makan buah leletup ni. Pantang jumpa, terus petik dan terus je masuk ke mulut. Alhamdulillah, jarang dapat sakit. Tapi sekarang ni, kalau jumpapun, macam takut-takut je nak makan. Patutlah badan dah kurang cergas. Nampaknya, kenalah makan balik semula buah leletup ni. Heh.
.