Assalamu'alaikum.
Cara buat tali butang untuk baju kurung.
Ini cara aku untuk buat tali butang bagi baju kurung, baju melayu dan yang seumpama dengannya. Caranya mudah je. Perhatikan betul-betul jari jemari montok aku beraksi di dalam video tu. 😜😜😜
Gunakan tiga lembar benang. Nanti benang tu dilipat (?) dua dan jadilah dia enam lembar. Baru nampak kemas sikit tali butang tu. Tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar. Benang yang kat jari tu kena tegangkan. Sebab tu aku pegang benang tu. Berhati-hati sebab benang mudah berbelit dan bersimpul.
Aku rasa, aku dah masukkan video ni kat dalam entri blog tapi apabila aku cari balik semula, tak jumpa la pulak. Mungkin aku hanya kongsikan di facebook sahaja.
p/s: Selamat mencuba ya.
.